WHITER THAN WHITE


Bagi seorang Aktivis Politik yang selalu promosikan geng Hang Nadim, semalam sedikit lain. Kes Sayed Saddiq terkesan di hati. 


Ini cerita seorang Pemimpin Muda, yang diangkat jadi Menteri, sebelum dia betul2 bersedia. Semuda usia 26 tahun. 


Baru keluar universiti, diberi kerusi Menteri. Banyak ups and downs yang dihadapi. Bertukar2 paksi dan akhirnya beliau tubuhkan parti sendiri. 


Semalam saksikan, dia dijatuhkan hukuman. 7 tahun penjara, RM10juta denda dan 2 sebatan. Kerana kesalahan korupsi dan gubah wang haram. 


Dia juga katakan “pemimpin perlu jadi whiter than white” untuk lepaskan jawatan dia dalam parti. Tetapi saya sangsi. 


Dalam dunia politik Malaysia yang penuh toksik, wang berbilion boleh mengalir seperti air tiada hukum hakam, melainkan tertangkap. Mencari pemimpin “Whiter than White” seperti mencari jarum peniti di tengah padang. 


Kes dia ini menyentuh dana politik parti. Bagaimana dia gunakan, sampai ada money trail yang masuk dalam ASB sendiri. Mungkin pada dia tiada hal, wang itu tiada integriti. Tidak tahu pun siapa yang kasi. 


Di dalam dunia serba kelabu dan hitam, menjadi putih itu sukar. Macam mana suci bersih pun anda, kalau menyelam dalam lumpur, akan terpalit jua. 


SS ini juga cunning pada saya. Dia tahu kes dia akan lekat punya, sebab itu rayuan dibuat kurang 5 jam dari keputusan. Berbulan sebelum itu, beliau sudah umum keluar Kerajaan. Itu political expediency, trick politikus yang bijak memanipulasi. 


Cuma dia jem, yang buat kes terhadapnya, ialah Bekas Perdana Menteri yang dia sokong kembali. Yang dulu dia lantang bersuara, mereka ini nak kenakan dia. Political persecution katanya. 


Namun, sebab jatuh hukum ketika PM yang lain pula, nak cakap apa? Perlu telan saja. 


This young leader, no longer a naive politician, has learned a lot these past 5 years. The good, the bad and the ugly of Malaysia political scene. 


Time will tell, sama ada dia boleh corak diri sendiri. Jadi lain dari yang lain. Mungkin suatu hari, boleh jadi Perdana Menteri Malaysia termuda. Sudah jadi trend, boleh jadi PM selepas dipenjara. 


Pada saya, “Whiter than white” yang SS cari, seperti mencari pelangi ketika ribut. Kita akan hanya jumpa dalam mimpi. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



No comments: