NETIZEN PERSOAL ISTERI RADZI JIDIN SEBAGAI PROKSI

\


Tangkapan dan tahanan reman Mohd Fahim Mohd Farid Bekas setiausaha politik kepada Menteri Pendidikan menyebabkan Datuk Dr Radzi Jidin panik dan perlu mencari jalan menutup kes rasuah buku bernilai RM80 juta. Oleh itu SPRM digesa menyiasat Radzi Jidin.


 24 September Radzi terpaksa mengheret isterinya ke depan media menepis tuduhan Balkis binti Datuk Syeikh Haji Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar bukan bergelar Tengku atau keturunan kerabat raja.

Projek cetak buku J-qaf RM80 juta : Blog dedah siapa Tengku Rozitatoria

Katanya Balkis adalah anak kepada seorang ulama besar di Kedah. Berbuih mulut Radzi Jidin menceritakan keturunan isterinya semata-mata untuk untuk pengalihan isu.

Namun Radzi kantoi kerana persoalan besar Netizen ialah bukan mengenai isterinya TENGKU tetapi isterinya adalah proksi kepada seorang Tengku. Tangkap layar Aplikasi WhatApps terawal jelas membuktikannya..




Mesej itu mendedahkan Syarikat proksi kepada isteri Radzi ialah ATR One & Only Enterprise

Persoalan besar siapa Tengku yang menjadi proksi isteri Radzi?

Di kala Radzi membuat penafian pada sesuatu bukan isu para penyokong kuat Perikatan Nasional mengesahkan benarlah proksi isteri Radzi itu seorang Tengku iaitu TENGKU ROZITATORIA BINTI TENGKU ROSTAM.





Siapakah dia?

Tidak banyak maklumat mengenai Tengku Rozitatoria namun semakan menunjukkan beliau berasal dari Machang Kelantan dan menetap di Desa Pandan Kuala Kumpur. Adik beradiknya ada yang bergelar peguam.