LANGGAR DRON ?



 Laporan awal mengatakan bahawa nahas berlaku bukan sebab pilot dan bukan sebab kerosakan engine. 


Ada yang kata sebab langgar drone? Kita tunggu laporan penuh. 


************

Siasatan ke atas nahas pesawat berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam pada 17 Ogos lalu telah menolak kemungkinan kerosakan enjin dan ketidakupayaan juruterbang sebagai punca kemalangan tersebut.


Menurut laporan awal yang diterbitkan oleh Kementerian Pengangkutan pagi ini, tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa enjin pesawat Beechcraft 390 Premier 1 telah dimasuki benda asing sebelum kemalangan berlaku.


"Kedua-dua enjin tidak mempunyai bukti pelepasan bilah seperti bekas lekuk atau tebuk di bahagian pemampat. Pelindung kipas juga tidak menunjukkan bukti pelepasan bilah seperti kemek atau tebuk.


"Tidak terdapat bukti dimasuki objek asing, bulu burung atau bahan lain ke bahagian-bahagian enjin," katanya.

ADS


Menerusi siasatan yang diketuai Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan, bukti menunjukkan juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat itu tidak mengalami ketidakupayaan ketika di kokpit.


Justeru itu, laporan itu menyebut, "hipotesis mengenai masalah kesihatan dan faktor penyumbang kepada kemalangan ini mungkin diabaikan".


Kedua-dua mereka juga memiliki sijil perubatan yang sah daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).


"Atas keterangan saksi, PIC dilaporkan dalam keadaan baik pada malam sebelum kemalangan. Saksi juga memberitahu PIC berehat dengan baik sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi," kata laporan awal itu.


Penyiasat juga berjaya mendapatkan gambaran mengenai apa yang mungkin berlaku terhadap pesawat itu berdasarkan rakaman audio yang diekstrak dari Perakam Suara Kokpit (CVR) pesawat tersebut.


Bagaimanapun, penemuan itu hanya akan dikeluarkan dalam laporan siasatan penuh sementara menunggu pemeriksaan semua bukti fizikal.


"Analisis awal rakaman CVR yang dipulihkan telah memberikan petunjuk kritikal untuk mendedahkan punca kemalangan, dengan tumpuan kepada sistem kawalan penerbangan pesawat.


"Hasil pemeriksaan dan penelitian yang belum selesai pada bahagian dan komponen pesawat berkaitan di makmal NTSB dan OEM adalah perlu untuk menyediakan bukti koloboratif dan/atau konklusif dalam menentukan punca kemalangan itu," kata laporan tersebut.


Nahas yang berlaku pada pukul 2.50 petang 17 Ogos lalu menyaksikan 10 orang terkorban apabila pesawat ringan milik Jet Valet Sdn Bhd itu terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina.


Mangsa terdiri daripada enam penumpang dan dua anggota krew pesawat, serta seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kenderaan yang sedang lalu di kawasan tersebut.


Antara mangsa yang turut terkorban ialah anggota exco kerajaan Pahang, Johari Harun.



No comments: