Tak tepat statement Hadi ni. Melayu mudah lupa ni sebenarnya ada dalam PAS. Dari walaun sampailah ke lebai, termasuk Hadi sendiri, Melayu mudah lupa.
Manakan tidak, Mahiaddin yang gelar PAS sebagai Parti Ajaran Sesat, Hadi dan PAS angkat jadi calon PM. Manakala Gerakan yang menentang hudud dan bawa isu hudud ke mahkamah, Hadi ajak berkawan.
Mahathir yang dulu katanya layak jadi doktor Klinik 1Malaysia pun sekarang jadi pujaan hati. Tak cukup itu, dulu Hadi sendiri tolak assobiyah dan jadi hujah membenci UMNO, sekarang Hadi sendiri assobiyah.
Lama sebelum itu, PAS dakwa mangsa peristiwa di Memali sebagai mati syahid. Tapi sekarang Hadi dah bersama dengan orang yang kata syuhada di Memali mati katak. Hadi dah lupa semua tu ke?
Masa PAS bersama Pakatan Rakyat, Hadi berfatwa wajib undi DAP dan haram undi BN sampai kiamat. Tapi bila Hadi bersama UMNO, Hadi lupa fatwa tu dan buat fatwa baru, haram undi DAP pula.
Sebelum bermanja dengan Najib, Hadi kuat ingatan dan sebut DAP bantah perisytiharan darurat yang cuba dibuat di Kelantan. Hadi puji Lim Kit Siang. Tapi lepas Najib peluk, Hadi dah lupa cerita tu.
Hadi juga pernah menulis buku berkenaan qazaf dalam membela DS Anwar. Tapi hari ini PN sendiri tuduh yang bukan-bukan terhadap DS Anwar tanpa bukti dan Hadi jadi bisu. Dia lupa buku yang ditulis.
Banyak kalau nak senaraikan kelupaan Hadi Awang kalau nak ditulis. Tapi yang ini pun dah cukup untuk tunjuk betapa Hadi, para lebai dan semua walaun memang dari jenis Melayu mudah lupa. Guane boh?
Raja Gelap
.