ULASAN FILEM ANWAR


 Semalam aku sempat tonton Anwar - The Untold Story. Dari segi jalan cerita, sebenarnya tak banyak boleh dikomen sebab memang kita tahu begitulah ceritanya.


Kisah tentang DS Anwar yang difitnah, disumbat ke dalam penjara dan dipukul oleh Ketua Polis Negara waktu itu. Majoriti ceritanya memang kita sudahpun tahu dan hafal.


Tapi aku amat tertarik dengan watak Kak Wan yang diperan oleh Acha Septriasa. Selain dari kejayaan Acha membawa watak itu, ia berjaya menyelongkar ketabahan Kak Wan.


Rasanya kalau nak letak tajuk filem ini Azizah - The Untold Story pun boleh. Dalam filem ini dipaparkan bagaimana Kak Wan menjadi tulang belakang DS Anwar, betapa hati wanitanya diruntun demi untuk menuntut keadilan untuk suaminya.


Secara keseluruhan cerita ini berkisar tentang apa puncanya DS Anwar menjadi musuh nombor satu kerajaan waktu itu. Ketegasan DS Anwar melawan rasuah memang mengerikan para perasuah.


Ada yang komen banyak babak melompat. Tapi sebenarnya filem ini banyak flashback. Cuma tak seperti kelaziman, tiada indikasi babak flashback seperti gambar kabur dan sebagainya dan mungkin sebab itu ramai yang keliru.


Watak Mahathir juga berjaya digalas oleh Hasnul. Cuma cara bercakap tak sama. Dan seperti yang aku tahu, Mahathir sebenarnya termakan hasutan orang di sekelilingnya.


Pemilihan watak agak baik. Watak seperti Rahim Noor, Daim Zainuddin, Hassan Merican selain watak utama seperti DS Anwar, DS Wan Azizah dan Hasnul sangat hampir dengan realiti.


Tapi yang paling tak kena sekali watak Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Tapi aku faham. Bukan senang nak dapat pelakon yang memiliki wajah setenang wajah Allahyarham.


Sedikit mencacatkan filem ini adalah bahasa. Agak janggal bila mendengar pelakon Indonesia dipaksa bertutur dalam Bahasa Melayu.


Tapi apa boleh buat, filem ini dibuat di Indonesia kerana Malaysia ketika itu bukan negara demokrasi tulen. Pilihan amat terhad. Jadi aku tetap hargai dengan apa yang ada.


Secara keseluruhan, filem ini sangat baik. Tapi ini filem sejarah. Bukan filem komersil. Aku melihat filem ini bukan dibuat untuk mendapatkan untung yang besar.


Aku galakkan pejuang-pejuang Reformasi untuk bawa anak-anak menonton filem ini agar mereka memahami teruknya rasuah di negara kita sehingga tercetusnya Reformasi. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.