JANGAN PAJAK OTAK PADA ORANG

 INDEKS DAN DATA







Kalau kita dengar pentaksub kedua2 belah, kita pun tahu masing2 cuba sebarkan propaganda. 


Belah Kerajaan akan cakap ekonomi kita makin baik. Belah Pembangkang pula sembang seperti ekonomi Malaysia nak jahanam. 


Benda ini bukan sekarang. Yang belah Kerajaan jadi Pembangkang dulu pun sama. Itulah mainan mereka. 


Bagi pengundi biasa yang bukan Taksuber, kita pun tak tahu nak percaya yang mana. Manakan kita pajakkan otak kepada mereka. Masing2 ada “berhala”. 


Makanya, amat penting kita tengok fakta dan data. Dan nilaikan sebijaknya. 


***************************************


Kalau nak tengok data asas ekonomi, ada 3 perkara utama yang dinilai:


1. Pertumbuhan ekonomi (yang kita panggil KDNK);

2. Kadar nilai harga barang (yang kita panggil inflasi);

3. Kadar pengangguran (untuk tahu berapa ramai rakyat yang tak berkerja).


Data ekonomi ini selalunya kita banding dengan bulan/ suku tahunan yang sama, tahun sebelumnya (y.o.y). 


Ok, mari kita bandingkan. 


KDNK negara: 

Suka Pertama (Q1) 2023: 5.6%

berbanding Q1 2022: 4.8%


Jumlah ini menepati sasaran 5% untuk tahun ini. Dan lebih baik dari Indonesia, China dan Vietnam. 


Oklah, Alhamdulillah. Nampak ada pertumbuhan ekonomi yang baik di situ. 


Dari segi inflasi dan kadar pengangguran pun makin menurun dari suku akhir tahun 2022. Itu data yang Kerajaan bagitahu. 


Yang baik kita pujilah. 


Cuma kita nak tengok juga penambahbaikan di pasaran saham. Indeks KLSE tak macam mula2 dulu. DSAI naik jadi PMX. Masih turun naik. Ringgit Malaysia juga belum lagi mengukuh seperti yang diharapkan. 


Ini semua berdasarkan sentimen kepada Kerajaan dan pasaran. Makanya kena ada daya usaha untuk betulkan. 


*****************************************


Saya juga pernah komen dulu dalam suatu live show. Data ekonomi ini walau nampak cantik on paper, rakyat marhein tak memahaminya. It’s just a mere number. 


Yang kita nak lihat, terjemahannya kepada harga barang, atau dapatkah rakyat menikmati gaji bermaruah? Itu lagi bermakna dari pengumuman data semata2. We want to feel it on the ground. 


Itu sebab United Nation perkenalkan Indeks Kebahagian Negara. Ia merangkumi dapatan bukan saja data ekonomi tetapi banyak aspek kehidupan rakyat lain. Seperti aspek sosial dan hak asasi. Jangka hayat dan tahap kesihatan. Juga level korupsi. 


Kalau kita lihat World Happiness Index Malaysia tahun 2022 di tangga 70. Tahun 2023 naik ke tangga 55. Kita naik 15 anak tangga. Itu satu pencapaian yang sangat baik. Tahniah. 


https://says.com/my/amp/lifestyle/study-malaysia-ranks-55th-happiest-country-world


*****************************************


Jadi, sekiranya ditanyakan saya, adakah Kerajaan Perpaduan Malaysia ini berada atas landasan yang betul, dari segi ekonomi dan pentadbiran? 


Melalui data dan fakta, yang kita dapat dari dalam dan luar negara, jawapan saya ialah YA. 


Jawapan ini tidak bergantung atas propaganda kedua2 belah. 


Namun, banyak lagi perkara yang perlu dibuat segera. Reformasi yang dijanji perlu dikota. Kalau tak orang akan cakap serupa karipap angin jua. 


Takpe kita boleh bagi masa. Lepas PRN ini perlu ada pecutan. Cukup setahun kita nilai semula. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki