JALAN PENYELESAIAN SEDANG DIUSAHAKAN

 



Saifuddin Nasution.

Saya memandang tinggi keprihatinan dan komitmen YAB Perdana Menteri dalam menyelesaikan hal-hal melibatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara.

Pagi tadi saya bersama-sama Datuk Ruji, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri memberikan taklimat kepada YAB Perdana Menteri bagi hal melibatkan kesesakan tambak Johor, urusan keimigresenan, pengurusan pekerja asing, ancaman keselamatan sempadan serta beberapa perkara lagi terkait keselamatan dan ketenteraman awam.

InsyaAllah, isu-isu ini akan kita sediakan jalan penyelesaian bagi menangani permasalahan yang sudah sekian lama berlarutan. Kerajaan Perpaduan memberi perhatian serius dan komitmen penuh bagi mengatasi isu sebegini.

#MalaysiaMADANI