WALAU APA SEKALI PUN PENYINGKIRAN INI PERLU DILAKUKAN. SAMA ADA SECARA CEPAT ATAU MENGIKUT PERATURAN TERTENTU





Aku banyak jumpa ulasan yang begini. Yang sentuh tentang 'pembersihan'. Memang betul. Kalaulah tak dibuat pembersihan, bakal berlaku deep state.

Tapi nak buat tak semudah itu. Contoh dalam soal YADIM ni. 99 peratus katanya ahli PAS. Kalau dibuat pembersihan, kerajaan akan dituduh menganiaya.

Nanti akan muncul satu lagi cerita, kerajaan balas dendam. Bukan tak keluar cerita tu. Dah ada pun. Akan wujud satu lagi persepsi negatif.

Macam YBM Fahmi Fadzil tegur wartawan BH yang keluarkan tajuk berita mengelirukan. Tak pasal dia dituduh mengejar kebebasan wartawan.

Situasi begini perlu diatasi secara berhemah. Kita memang sakit hati. Tapi tindakan tak boleh terlalu tergesa-gesa dan mendadak. Perlu step by step.

Kalau dibuang walaun yang dalam agensi kerajaan secara besar-besaran, mereka akan guna itu untuk serang kerajaan. Imej kerajaan di mata marhaen akan terjejas teruk. Penghujungnya, tetap rugi.

Bagi aku cara kerajaan yang tak tergesa-gesa nak bersihkan agensi kerajaan ini boleh diterima. Cuma aku harap PH dapat organize unit cytro.

Apa yang mereka ada, kita perlu ada dan perlu lebih baik. Tapi atas nama PH. Bukan kerajaan. Perlu ada perbezaan antara parti dan pemerintah.

PH ada cytro bebas yang sedia menentang semua fitnah. Tapi info lambat sampai. PH kena ada satu unit yang sedia salurkan informasi kepada cytro ini secara tersusun, kemas dan pantas.

Dari segi berhujah, cytro PH lebih baik, jauh lebih baik berbanding PN. Tapi itulah, cytro PH tak dapat sokongan dalam bentuk info dari atasan.

Kadang-kadang aku pun jadi rimas dan putus asa nak lawan fitnah pembangkang. Sebab fitnah mereka lemah. Tapi kita tak cukup info nak lawan.

Kalau PH boleh atasi masalah ini, atas nama parti, kerajaan tak perlu pun kelihatan zalim. Sekarang aku tengok lepas jadi kerajaan, pemimpin PH tumpu lebih tugas kerajaan berbanding parti.

Tugas sebagai kerajaan kena buat. Tapi tugas parti tak boleh dikesampingkan. Kalau tidak, bersedialah untuk ditundukkan oleh firman. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

No comments: