Semalam, KPDN bersama-sama rakan strategik, 99 Speedmart telah
melancarkan ‘Flag Off’ Lori RAHMAH 99 Speedmart.
Objektif utama program ini adalah bagi menyampaikan Bakul RAHMAH
kepada golongan miskin tegar di seluruh negara.
Terima kasih atas komitmen pihak 99 Speedmart yang konsisten
dalam menyahut inisiatif RAHMAH untuk meringankan beban golongan miskin tegar
di Malaysia.
Melalui sumbangan berjumlah RM1 juta ini, pihak 99 Speedmart
dapat menyediakan 20,000 Bakul RAHMAH untuk diagihkan kepada mereka yang
memerlukan.
Setakat ini, pihak KPDN telah berjaya mengumpulkan sebanyak
80,000 Bakul RAHMAH atas sumbangan rakan-rakan strategik KPDN.
Semoga inisiatif-inisiatif di bawah payung RAHMAH ini sedikit
sebanyak dapat meringankan beban golongan miskin tegar di seluruh Malaysia.
RAHMAH untuk Malaysia MADANI
Kredit: YBM Salahuddin Ayub