GINO MARVELA.
Berkaitan dgn Hakim Nazlan yang umno cuba sentuh demi menyelamatkan Najib, GM ambil sisipan nukilan dr seorang peguam yg menarik dalam penulisannya, "kesalahan jenayah yg di lakukan oleh Najib juga tidak pula di katakan sebagai tidak wujud atau tiada bukti". 👇
Ramai yang bertanya kenapa Majlis Peguam dan bekas2 President membela sangat Hakim Nazlan itu? Adakah mereka (Bar Council dan bekas2 President) telah dilantik sebagai peguambela kepada Hakim Nazlan. Atau mereka telah juga dilantik sebagai peguambela untuk Tengku Maimun?
Bukan begitu....Bar Council ini mengambil tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam Legal Profession Act 1976 terutama S.42 seperti dlm screenshot di bawah.
"To uphold the cause of justice without regard to its own
interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour;"
Apabila ada berlaku sesuatu yang akan mengganggu gugat sistem keadilan negara, Bar Council akan berbunyi lah. Cara mana mereka berbunyi bergantung kepada keadaan.
Biasanya keadilan pada mereka ialah mempertikaikan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Jarang sangat lah mereka memuji kerajaan itu. Itu lah nampak seolah2nya mereka itu anti kerajaan dan mereka menyokong pembangkang.
Dalam hal kes Hakim Nazlan ini, nampaknya BC dan bekas2 President nya bermati-matian mempertahankan. Apakah sebabnya?
Adakah kerana Hakim itu malaikat tidak melakukan apa2 kesalahan dan kesilapan atau adakah concept "the enemy to your enemy is your friend" digunakan?
Hakim Nazlan adalah hakim yang mula menjatuhkan hukuman kepada Najib. Disitu lah mulanya jenayah yang dilakukan oleh Najib diadili dan disabitkan. ✅
Kemudian nya di sambut pula oleh 3 hakim lagi di Mahkamah Rayuan. Terus juga mengatakan Najib bersalah melakukan jenayah. ✅
Selepas itu 5 hakim Mahkamah Persekutuan juga setuju semua bukti dan undang2 nya menjurus kpd Najib bersalah melakukan jenayah. ✅
Panel lain pula yg terdiri dari 5 hakim lagi, 4 darinya mengatakan tiada apa salah atau silap nya mahkamah2 itu menjatuhkan hukuman terhadap Najib. ✅
👉 Hanya 1 hakim kata yg najib tidak di berikan keadilan dalam proses perbicaraan, tidak boleh tangguh kes dll, maka mensabitkan Najib itu tidak sepatutnya berlaku begitu.
👉 Tidak menyentuh merit atau kesalahan yg dilakukan hanya berpendapat ada prinsip undang2 tidak dipatuhi. Kesalahan jenayah yang dilakukan tidak pula dikatakan sebagai tidak wujud atau tiada bukti. 👈
Serangan terhadap kehakiman ini bukan perkara baru. Macam2 serangan telah berlaku. Ada yang Bar Council pun turut menyerang malah memboikot apa juga aktiviti selain perbicaraan dan pendengaran kes, yg di buat oleh mahkamah. Malah ada Ketua Hakim Negara yg tidak diiktiraf oleh Bar Council pun. Sampai meninggal pun masih tidak di iktiraf lagi.
Kenapa dgn Tengku Maimun ini Bar Council sokong sangat? Ini kita ulas di lain kesempatan....kalau ada rezeki.
Kredit: Shamsuddin Nawawi - Peguam & Firma Guaman.