Ini seorang manusia tak cerdik mana tapi tergamak perlekeh seorang yang telah diiktiraf kepintarannya hingga universiti luar negara pun melantiknya jadi professor.
Mat Amar, orang yang kata sia-sia besarkan jalan kalau guna setahun sekali, yang kata siapa nak air bersih boleh terjun sungai belakang Tesco KB, cuba hina Prof. Agus
Tak apa. Kata-kata dia hanya menggambar betapa rendahnya daya inteleknya sendiri. Prof. Agus tak terjejas sedikit pun.
Cuma part yang dia kata masa PAS dalam kerajaan pusat, orang yang ada kes rasuah tak dilantik jadi menteri tu, aku nak balas sikit la. Sikit je pun.
Memang mereka yang ada kes tak dilantik menteri. Masalahnya, yang dilantik menteri tu pula jadi ada kes. Itu apa cerita? Dan orang ada kes tu masih lagi pegang jawatan utama dalam PN. Kenapa jadi gitu? Guane boh?
Raja Gelap
.