Wee Ka Siong ni layak jadi Ketua Pembangkang. Dia lebih rajin cari isu berbanding Ketua Pembangkang dan Ketua Ahli Parlimen PN. Dan lagi, sebagaimana pembangkang-pembangkang yang ada, Ka Siong juga berfikir luar otak.
Entah apa dendamnya kepada YB Anthony Loke, tak sudah dia cari kesalahan. Walaupun Anthony sudah beberapa kali berjaya buktikan yang dirinya adalah Menteri Pengangkutan yang lebih baik berbanding Ka Siong dahulu.
Kelakarnya dalam isu ini, Ka Siong periksa harga tiket penerbangan MAS di situs AirAsia. Apa ke hal cari tiket MAS di AirAsia? Kenapa tak buka situs MAS sendiri? Kan lebih senang dan tepat. Harga di situs AirAsia tu harga berkomisen.
Ingat Bersatu je pandai makan komisen? AirAsia pun nak gak! Sebab tu harganya lebih mahal. Dan AirAsia tak peduli tiket yang ditawarkan itu kelas Ekonomi atau Perniagaan. Dia cuma nak jual tiket. Sebab itu terjadi kekeliruan ini.
Soalnya, YB Anthony dah berjaya buktikan harga tiket kapal terbang boleh dikawal. Sesuatu yang Ka Siong tak pernah mahu lakukan. Dan disebabkan cemburu, dia cuba sabotaj usaha YB Anthony. Jahat punya orang. Guane boh?
Raja Gelap
.