Pagi tadi beberapa ahli parlimen pembangkang protes keluar dewan
bila Timbalan Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan usul pengeluaran bersasar
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahaskan hari ini. Ini sebab mereka
tidak faham atau tidak ambil berat masa depan rakyat.
Jadi saya nak jelaskan sikit kenapa kerajaan tidak membenarkan
KWSP dikeluarkan secara bersasar.
1) KWSP diwujudkan untuk pencarum mempunyai simpanan di hari
tua.
2) Menghadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan
mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik.
3) Kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak keluarkan
wang KWSP kerana pulangan secara keseluruhan akan menjadi rendah.
4) Sekiranya pencarum mati sekalipun, simpanan dalam KWSP akan
dapat kepada waris.
Kerajaan ambil langkah tidak membenarkan ini kerana
bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat bukan memilih jalan singkat
semata meraih populariti sementara dan tinggalkan beban masalah kepada pimpinan
lain di masa hadapan untuk diselesaikan.