Dulunya, kalau tak salah di cyberjaya, selain lembah silikon,
dibikin juga studio filem. tak tahu wujud atau tidak, berfungsi atau tidak.
tetapi sungguh, janji potong ayam, gua baru tahu rupanya telah
bertahun terbina studio filem iskandar. gua pun tak tahu sama ada orang-orang
filem atau orang-orang serba tahu filem di finas, tahu atau tak tahu bahawa di
negara malaysia yang aman makmur rahmat bahagia ini, wujud studio perfileman
bertaraf hollywood.
dan, sesungguhnya studio yang dibina beratus juta ringgit di
tapak tanah berekar-ekar dengan pelbagai kemudahan filem itu, dah kena jual.
finas, apa macam?