Mahiaddin kata rakyat Malaysia akan hilang banyak kebebasan di
bawah kerajaan semasa ini. Menurut Mahiaddin lagi, lebih ramai TikTokers akan
ditahan dan kebebasan media juga akan disekat.
Jadi sekarang aku nak nak tahulah, berapa ramai TikTokers yang
telah ditahan sebab kritik kerajaan? Berita penuh di https://bit.ly/3FqiT9N.
Seingat aku, tak ada lagi. Kalau ada pun, sebab buat posting
yang menimbulkan kebencian kaum. Bukan kritik kerajaan. Kebebasan media juga
tidak pernah disekat. Bahkan sekarang terlebih bebas.
Tengok akhbar macam Sinar Harian. Sekarang dah jadi Harakahdaily
dah. Bukan setakat utamakan berita pembangkang, malah banyak berita sengaja
timbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.
Mahiaddin sendiri bebas buat sidang media. Tiap hari ada saja
berita tentang Mahiaddin. Berita dia menyakau tu satu hal. Berita dia kutuk dan
fitnah kerajaan dan DS Anwar pun bebas disiarkan.
Malah berita ini pun jadi bukti tiada sekatan ke atas kebebasan
media. Dia nak kebebasan yang macam mana lagi? Bebas memfitnah?
Seingat aku, kebebasan rakyat paling teruk hilang masa Mahiaddin
jadi PM. Sampai nak pergi kerja pun tak boleh. Duduk depan rumah pun disaman.
Mana pergi duit saman banyak-banyak tu agaknya?
Masa Mahathir jadi PM, hak kita sebagai manusia pun dirampas.
Sedang dia boleh pergi main golf. Hari ini dia nak bercakap soal kebebasan?
Hilang ingatan ke apa dia ni? Guane boh?
.