ASRAF JEFFY
Apa yang saya perasan, pelajar-pelajar sekarang hanya nak
praktikal dalam bidangnya sahaja. Ini tidak salah. Saya ulang, MINDSET INI
TIDAK SALAH. Tapi, ini adalah mindset orang biasa sahaja, sangat susah untuk
survive selepas habis belajar.
.
Katakan satu fakulti anda 100 orang termasuk anda. Maka secara
tidak lansung anda akan ada 99 orang pesaing,sedangkan ada 10 sahaja jawatan
kosong. Itu kalau satu University, kalau satu Malaysia? Mungkin ada beribu
graduan yang sama dengan anda.Bila bakal majikan tanya apa yang anda lebih
berbanding orang lain, pasti anda tiada jawapan.
.
“Saya dulu belajar Mechanical Engineering.”
.
Ini adalah skema jawapan untuk semua orang termasuk anda. Tetapi
bayangkan kalau ada dua orang yang jawab;
.
“Saya dulu belajar Mechanical Engineering tapi saya pernah
intern buat Sales di Monaliza dan bila cuti sem, saya buat part time di Samurai Yakiniku.”
.
Insya Allah keberangkalian anda lulus temuduga dan dapat kerja
adalah tinggi sebab anda ada sesuatu yang lebih berbanding orang lain. Mungkin
bakal majikan anda tidak ingin skill sales tetapi dari info yang anda bagi,
bakal majikan anda tahu yang anda adalah seorang yang berdisiplin dan multi
tasking.
.
Zaman sekarang adalah bukan untuk zaman orang biasa seperti
zaman saya dahulu. Dulu, kalau kita kata background Mechanical Engineering,
semua orang akan pandang tinggi. Tapi sekarang, orang tengok dengan biasa
sahaja.
’
“Apa? Mechanical Engineering? Oh,kawan saya pun grad Mechanical
Engineering. Tapi tu lah, takda kerja sangat.”
.
Nasihat saya kepada adik-adik. Anda boleh berkeras untuk
praktikal dalam bidang anda sahaja tetapi ingat, mahir dalam bidang kita sahaja
tidak cukup untuk survive dalam dunia sekarang. Kita kena ada sesuatu yang
orang lain tiada, baru kita boleh menang.
.
*Saya terpaksa tambah sebab berlaku kekeliruan,silap saya.
Sebenarnya post ini tuju kepada ‘mereka’ yang berkait dalam bidang IT, boleh
praktikal di Monaliza tetapi tolak sebab senior-senior bagitahu yang di
Monaliza kena menjual.
.
Keempat-empat syarikat saya, Monaliza Mastura,
Samurai Yakiniku Bangi,
Konoha.Buffet
dan Hattoricoffee
tawarkan tempat praktikal. Dari salesman,waiter,account,HR sampailah Youtuber.
Kalau berminat,anda boleh PM saya.