Jelajah Ehsan Selangor manfaat 2 juta ra
Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang dimulakan Kerajaan Negeri sejak tahun lalu telah memanfaatkan 2 juta rakyat di Selangor dengan jualan harga diskaun.
Menurut Exco Selangor Ir Izham Hashim berkata, program intevensi harga itu telah berjaya menangani kenaikan kos barangan keperluan selepas pandemik Covid 19.
“Tahun lepas kita berjaya, pada awal kita buat ayam dan telur sahaja, kemudian ditambah melibatkan daging, ikan, beras dan minyak masak.
“Enam barangan keperluan asas kita laksanakan. Tahun lepas kita berjaya buat di 111 lokasi. Kita buat setiap hari di 9 lokasi serentak di seluruh Selangor, 6 hari seminggu.
“Dengan perbelanjaan (kerajaan) RM12 juta. Diskaun purata 30% di bawah harga pasaran,” katanya.
Kata Izham, sebanyak 2 juta rakyat Selangor dapat manfaat sepanjang tahun lalu. Kemudian kerajaan memutuskan untuk menyambung program tersebut tahun ini dengan peruntukan RM20 juta.
“Sampai Mei nanti, kita akan tengok semula (sama ada disambung), sebab ini program intevensi. Bukan jangka panjang,” katanya.
Menurut Izham lagi harga yang dijual murah berbanding pasaran.
Misalnya ikan RM6/kg, harga pasaran RM8 – 9/kg. Telur ayam RM13 sepapan dijual RM10. Ayam saiz sederhana 1.8 kg dijual RM10 seekor. Manakala minyak masak RM20 sebotol berbanding harga pasaran RM30.