Aku pernah post benda ni hari tu. YB Hannah Yeoh dah jelaskan
yang lelaki ini BEKAS pemain pelapis BAM. Sekarang ini dia tidak lagi bersama
BAM dan menetap di luar negara.
Menjengah di ruang komen, ada beberapa orang, yang aku fikir
walaun, menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tiada tindakan. Aku pelik.
Tindakan apa yang sorang nak sebenarnya?
Kalau dia masih bersama BAM, mungkin boleh nak gantung dia macam
pemain hoki tu. Tapi sekarang ni dia bukan bersama BAM lagi. Nak suruh BAM
ambil tindakan bagaimana?
Kalau dia di Malaysia, mungkin boleh suruh polis ambil tindakan.
Tangkap dan siasat. Tapi sekarang dia berada di luar negara. Nak suruh tangkap?
Ia tak semudah yang dijangka.
Kenalah rasional. Tahu kamu benci kerajaan ini tapi nak
membangkang pun jangan sampai pamerkan akal yang tak cerdik. Bikin malu. Yang
penting, YB Hannah tak berdiam diri dan ada berikan perhatian. Itu dah
mencukupi. Guane boh?