SOALAN BALAS UNTUK MENTERI BESAR TERENGGANU.
14 Januari 2023
1. Baru baru ini, dalam satu majlis dialog Menteri Besar
Terengganu mempersoalkan kononnya sudah dua bulan menjadi Kerajaan tetapi Dato'
Sri Anwar tidak memanggil mesyuarat dengan Kerajaan Negeri melibatkan menteri
menteri besar.
2. Samsuri turut mempersoalkan "apa yang Dato Seri Anwar
buat?" pada 2 bulan tersebut.
3. Sebagai permulaan saya ingin mengingatkan Samsuri, kerajaan
gagal PN sebelum ini yang turut dianggotai oleh PAS telah meninggalkan banyak
masalah liabiliti termasuk berkaitan persoalan perbelanjaan negara semasa COVID
19, hutang negara yang melambung tinggi, kontrak mencurigakan dan harga barang
keperluan yang amat tinggi.
4. Kerajaan PN yang mempunyai lebih 70 orang menteri serta
timbalan meninggalkan begitu banyak masalah yang diwarisi oleh kepimpinan DS
Anwar Ibrahim dari 2 kerajaan gagal Mahyuddin dan Ismail Sabri yang dianggotai
oleh PAS.
5. Dalam masa yang sama juga Perdana Menteri terpaksa bergelut
menghadapi situasi banjir buruk seluruh negara dan di atas rasa prihatin beliau
tidak sempat bercuti pun walau ke negara dekat seperti negara New Zealand.
6. Kalau Samsuri ingin tahu apa yang DS Anwar buat dalam 2 bulan
selepas menjadi ketua negara, kami juga ingin bertanya apa yang Samsuri lakukan
selama hampir 5 tahun menjadi ketua negeri Terengganu Darul Iman?
7. Sejak 5 tahun jadi Menteri Besar Terengganu, nasib 120
pembeli rumah terbengkalai di Gong Chempedak di kawasan DUN Rhu Rendang
disandang Samsuri sendiri tidak diselesaikan, mereka tidak pernah menerima
jawapan dari 4 pucuk surat aduan kepada MB malah tidak dapat bertemu MB.
8. Janji Exco Perumahan untuk kerja di mulakan semula selepas
Raya telah menyaksikan 3 kali raya puasa berlalu tanpa tindakan. Apa yang MB
buat?
9. Apabila kawasan Kuala Nerus dan Kuala Terengganu terputus
bekalan air begitu lama, hampir satu minggu baru Samsuri pulang ke Terengganu
menjenguk kawasan bermasalah. Apa yang Samsuri buat luar Terengganu?
10. Selepas 5 tahun PAS menjadi Kerajaan, Terengganu masih tidak
ada peningkatan dilihat dalam menangani masalah dadah di mana Terengganu masih
kekal di antara negeri tertinggi penagih dadah di Malaysia. Satu sahaja pusat
pemulihan dadah kerajaan sementara negeri negeri jiran mempunyai beberapa pusat
pemulihan. Apa Samsuri buat selama ini?
11. Apabila penduduk miskin kampung Pulau Sekati di tengah
tengah bandar Kuala Terengganu di tolak permohonan tanah ganti tempat tinggal
tanah asal mereka yang diambil, kerajaan negeri dipercayai melulus tanah
bernilai puluhan juta kepada tokey judi untuk Hotel mewah di Teluk Keke di Pulau
Perhentian. Betulkah ini boleh terjadi?
12. Apakah Samsuri sanggup buat sedemikian meluluskan permintaan
peniaga luar yang kaya dan tidak untuk orang miskin Terengganu di Pulau Sekati?
13. Selepas 5 tahun jadi Menteri Besar, pendapatan hasil negeri
Terengganu masih kekal tahap lama sekitar RM330 juta setahun serta masih tidak
ada peningkatan dan hampir tidak cukup untuk membayar gaji dan pentadbiran
bulanan negeri. Apa yang Samsuri buat dalam masa 5 tahun?
14. Kalau Samsuri ingin bertanya apa Anwar Ibrahim lakukan dalam
2 bulan setelah jadi Perdana Menteri, rakyat juga ingin tahu apa yang beliau
buat selama hampir 5 tahun jadi Menteri Besar.
15. Dua bulan nyata jauh lagi pendek dari lima tahun tempoh
Samsuri jadi Menteri Besar Terengganu.
Mohon jawapan.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu.