Kenduri Rakyat | Tempuh perjalanan 15 jam jumpa PM sampaikan aspirasi



Selain penduduk Kuching, Kenduri Rakyat Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kubah Ria Satok petang tadi turut dihadiri masyarakat daripada etnik Orang Ulu Sarawak. Walaupun terpaksa mengharungi perjalanan lebih 15 jam dari Belaga, ia tidak mematahkan semangat lapan anggota Persatuan Orang Ulu Kebangsaan (OUNA) untuk bersemuka dengan pemimpin nombor satu negara itu.