Buaya hantar mayat kanak-kanak lemas kepada keluarga

 

Buaya hantar mayat kanak-kanak lemas kepada keluarga



MAYAT kanak-kanak yang didakwa dihantar buaya ke tebing sungai, pagi tadi.

Menurut laporan detik.com, mayat kanak-kanak itu ditemukan dua hari selepas kehilangannya.

Malah, jenazah mangsa dikatakan dibawa seekor buaya ke tebing sungai.

Bahkan, ahli keluarga sedang menunggu mayat mangsa di sana ketika itu.

Ketua Pejabat Pencarian dan Bantuan Basarnas Kalimantan Timur, Melkianus Kotta ketika dihubungi berkata, kira-kira pukul 7 pagi tadi, ketika pasukan penyelamat bergerak mencari orang hilang untuk hari kedua, pasukan berkenaan menerima maklumat daripada ahli keluarga mangsa yang ternampak seekor buaya membawa mayat manusia.

Selepas mayat itu dilepaskan, ternyata mayat itu adalah kanak-kanak yang kami cari,” kata Kotta.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookTwitter