Perdana Menteri Anwar Ibrahim anak jati Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam hari ini pulang ke kampung halaman buat kali pertama selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.
Anwar kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid
Cheruk Tok Kun Bawah.
Faiz Baharin |
BERNAMA
Seusai acara rumah terbuka Tahun Baru Cina di Bayan Lepas, saya
kemudiannya ke Bandar Perda di Bukit Mertajam untuk minum petang bersama
rakyat.
Saya singgung mengenai Permatang Pauh yang ternyata dekat di
hati saya meski saya pernah berkelana ke Port Dickson dan kini di Tambun.
Permatang Pauh adalah asas kekuatan yang menunjangi perjuangan yang penuh liku
ini.
Namun, apa yang penting untuk dilakukan saat ini adalah bekerja
sebaik mungkin agar negara dan masyarakatnya terbela. Saya yakin kita akan
kembali menawan Permatang Pauh dengan gelombang dukungan massa yang lebih kuat
selepas ini, inshaAllah.