IBRAHIM MAT ISA
Imam al-Tarmizi ada keluarkan satu riwayat (hadis no: 3095)
bahawa 'Adiy bin Hatim datang berjumpa Nabi saw bertanya berkenaan firman Allah
yang menyatakan bahawa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) menjadikan guru dan ahli
agama mereka sebagai syirik selain Allah.
Adiy bin hatim yang ketika itu masih beragama Nasrani menyatakan
bahawa penganut nasrani tidak pernah menyembah ahli agama mereka pun. bagaimana
al-Quran boleh menyatakan begitu?
nabi menyatakan bahawa memang mereka tidak menyembah dalam
maksud sujud dan rukuk, tetapi masalah berlaku pada penganut yahudi dan nasrani
adalah:
كَانُوا إِذَا أَحَلُّوا لَهُمْ شَيْئًا اسْتَحَلُّوهُ، وَإِذَا
حَرَّمُوا عَلَيْهِمْ شَيْئًا حَرَّمُوهُ
"(ahli agama yahudi-nasrani) penentu halal kepada pengikut,
lalu pengikut mereka pun turut sama halalkan. apabila mereka haramkan ke atas
pengikut, pengikut pun turut haramkan".
Maka itu adalah syirik yang mereka lakukan.