PESANAN BUAT PARA MENTERI DAN YANG CERDIK PANDAI. SAMPAI SEKARANG , MANA SATU MEDIA PH ? ATAU MEDIA PKR ? MACAM TAK BERMAYA?
Seperti didakwa oleh lawan… kerajaan ini kerajaan 6 bulan. Walaupun sukar kita menerima dakwaan tersebut berdasarkan kekuatan jumlah majoriti yang ada tetapi dalam politik tiada apa yang mustahil.
Keputusan PRN dijangka Jun ini, ia akn menjadi tanda aras utk masyarakat melihat adakah benar ia sebuah kerajaan pilihan rakyat atau sebaliknya. Ia pernah berlaku kpd kerajaan 22 bulan.
Selepas PH menjadi kerajaan ia telah disabotaj secara dalaman. Lebih parah lemah unit media serta propaganda apabila Jasa dihapuskan.
PRK selepas itu, org Melayu mula menolak kerajaan PH. Mood tersebut di ambil peluang oleh pembangkang ketika itu sehingga jatuhkan 22 bulan PH. Kerajaan skg jgn sesekali ulangi…
Populariti DS Anwar seorang tidak akn mampu mengubah persepsi rakyat jika 4 perkara utama di bawah ini tidak diambil peduli.
1- Dalam berpolitik tidak boleh terlalu baik. Seperti sekarang bila tindakan terlalu lambat diambil atas dakwaan korup ke atas musuh politik ia sgt bahaya kpd kerajaan Perpaduan ini. Org Melayu akan beranggapan ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ hanyalah retorik.
Acapkali saya katakan ‘kelembapan’ SPRM membuka kertas buka kertas siasatan…saban hari akn meningkatkan kepercayaan org Melayu bahawa dakwaan PN rasuah hanyalah fitnah politik. Maka pengundi muda, saban hari ribuan automatik boleh mengundi akn percaya dakwaan tersebut.
2- Pemimpin PH ramai di kalangan intelektual. Ia bagus dari sudut akademik tetapi ramai antara mereka bekerja bukan seperti ahli politik tulen. Mereka tidak mahu acting sebagai org politik. Kelemahan paling ketara mereka tidak bijak menyantuni org Melayu.
Pemimpin kena kuasai bangsa Melayu utk menjadi pemerintah. Seperti saya tulis sebelum ini utk kuasai bangsa Melayu kamu kena ‘lepak’ kedai kopi walaupun kamu benci melayan gossip di situ. Kamu wajib hadir majlis perkahwinan dan kematian.
Jika pemimpin PH terutamanya memperlihatkan mereka Malay Urban yg tidak muncul di majlis agama, tak nampak batang hidung di surau… Bercakap pun Manglish atau English… anda sebenarnya sdg menjarakkan diri dgn pengundi Melayu. Pemimpin UMNO balik kampung atau ‘lepak’ dgn org Melayu, langsung tidak bercakap English atau Manglish.
Saya harap Setpol PM selepas ini, jika ada acara makan2 saban minggu sebelum solat Jumaat sila jemput Ketua2 kampung atau komuniti kawasan tersebut utk bersama dan bukannya Menteri atau pemimpin2 politik duduk semeja dgn PM. Kena faham maksud Zaharin ‘politik kedai kopi’ itu apa.
3. Membiarkan begitu ramai masih memegang jawatan2 besar di dlm kerajaan melalui lantikan politik atau kakitangan kerajaan yg pro kerajaan sebelum ini sgt bahaya kpd kerajaan yg dianggap fragile ini. Ini kerana ia adalah gabungan parti2 dari lawan. Kata rakan saya, silent sabotage telah berlaku tanpa kerajaan skg sedari. Ia silent killer yg sgt bahaya…
Pesan saya sekali lagi tukarkan segera dari jawatan Chairman, CEO, Pengarah dan byk lagi… Dari maklumat diterima kebanyakan mereka tidak ikhlas bekerja utk kerajaan ini atas beberapa faktor…
4. Menyusun struktur jentera Cybertrooper secara sistematik dgn segera. Seperti saya ulaskan sebelum jika kerajaan berjaya menguasai media terutama media sosial… kerajaan boleh bertahan satu penggal dan seterusnya menjadi kerajaan PRU16 nanti.
PN walaupun menjadi pembangkang tetapi media sosial masih dikuasai mereka. Malah khabarnya selepas menguasai Tik Tok mereka ingin menguasai Twitter pula.
*Fb: Norman Radzuan*