Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memohon maaf tanpa syarat berhubung video berbaur fitnah yang mendakwa beliau menerima bayaran RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Sekiranya tiada apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis ini, pihaknya akan memohon suatu perintah injunksi dan meneruskan tindakan perundangan terhadap Tan Sri Muhyiddin.