MEMILIH KEDAI TERMURAH BUKAN SAHAJA UNTUK MEMBELI PAKAIAN, TETAPI JUGA UNTUK MAKANAN. JIKA KEDAI SI MENJUAL KUIH 5 RM2 SEDANGKAN KEDAI SI B MENJUAL 3 R.M 1...MAKA WAJAR PULA PEMBELI MEMBUAT PILIHAN



Kenyataan Rafizi yang ini jadikan dia bahan kutukan termasuklah oleh penyokong PH sendiri. Ada yang kata kenyataan ini sama macam menteri sebelum ini. Tapi pada pandangan aku kenyataan Rafizi kali ini sebenarnya berbeza.

Jika sebelum ini yang dikatakan kalau ayam mahal, jangan makan ayam. Tapi kenyataan Rafizi adalah kalau satu kedai mahal, cari kedai lain yang murah. Rafizi juga berulang kali ulang tentang minuman tak beralkohol sebagai contoh.

Basis kepada kenyataan Rafizi ni mudah. Sebagai contoh air diabetes seperti Starbucks, Zus serta banyak jenama lain. Sudah pasti air begini sangat sangat overpriced. Tapi mahal pun, masih ramai yang tergila nak beli.

Rafizi bukan kata jangan minum kopi. Tapi yang dia kata, cari alternatif lain. Yang lebih murah. Yang lebih berpatutan harganya. Selagi rakyat masih nak beli air mahal ini, selagi itu mereka akan naikkan harga minuman mereka.

Apa yang peliknya? Macam makanan di Salt Bae. Harga pancung kepala. Ramai yang pertikai kepada harga mahal begitu. Tapi dalam masa yang sama, masih beli kopi yang mahal. Sikap double standard la tu. Dia pertikai harga Salt Bae ok, Rafizi nasihat cari alternatif murah, kena kecam.

Satu lagi yang bezakan kenyataan Rafizi dengan menteri-menteri sebelum ini adalah Rafizi akui ada tanggungjawab kerajaan dalam soal ini. Rafizi juga berkata akan ada usaha untuk membolehkan dibuat perbandingan harga.

Maksudnya, rakyat akan dapat melihat kedai mana yang jual barangan yang mereka kehendaki pada harga yang lebih murah. Jadi pengguna hanya akan beli dari kedai paling murah. Dengan itu, penjual akan fikir banyak kali untuk naikkan harga.

Pernah ke menteri sebelum ini beri penyelesaian yang sebegini? Malah ulama PAS pernah berkata kenaikan harga barang tak membebankan. Ada yang kata itu semua ketentuan Allah. Tak pernah ada jalan penyelesaian pun.

Masalahnya mungkin cara Rafizi buat kenyataan tu tak difahami. Selain ada wartawan nak nak jual berita. Atau memang ada niat nak burukkan nama Rafizi dan kerajaan yang diketuai oleh DS Anwar ini. Maka sengaja dicipta kekeliruan.

Boleh baca beritanya di https://bit.ly/3BVf76E.

Pada aku kenyataan Rafizi ini ekonomi paling asas. Kalau kedai jual mahal, pergi kedai yang murah. Biar harga barangan ditentukan oleh permintaan. Bukan biarkan peniaga naikkan harga sesuka hati mereka. Guane boh?

Raja Gelap