HARGA BARANG
Saya ambil peluang buat posting hari ini. Sementara tunggu
babies bangun. Saya tengah #puasapolitik
sebulan. Jadi posting ini mengenai polisi dan cadangan #binanegara
dari pandangan marhein seperti saya.
PM kita bagi 2 minggu tempoh kepada penjawat awam. Untuk bagi
cadangan turunkan harga barang. Dah nak habis tempoh dah. Makanya, ini beberapa
cadangan untuk dipertimbang:
1. Subsidi tersasar untuk barangan subsidi, please jangan saja
kira keluarga B40 pakai gaji ibubapa serumah. Boleh masukkan juga:
- keluarga bottom M40 yang punya tanggungan ramai, sama ada anak
atau ibu bapa tua. Kalau gaji sederhana pun, tanggungan tinggi, boleh tergolong
dalam B40 juga.
- Miskin bandar yang mungkin terkeluar dari definisi B40 biasa.
- Pelajar universiti M40 dan B40. Mereka perlukan bantuan sama.
2. Jangan la pakai kupon subsidi macam zaman 90an. Kertas kecik
yang senang hilang. Zaman dah ada IoT dan Big data. Pakai lah microchip di IC
kita. Atau e-sistem khusus untuk uruskan. Kita banyak orang muda yang boleh
bangunkan. Buat pertandingan. Award pada mereka yang layak, bukan bagi kroni
pula.
3. Lebihan dari penjimatan subsidi tersasar kalau boleh
dimasukkan di bawah Dana baru, dibawah MOF. Khusus untuk stabilkan harga barang
keperluan bila stok barang kurang. Boleh juga guna duit tu untuk buat Stok
Penimbal barang2 yang dijangka ada isu setiap musim. Kita bersedia awal. Tak
susahkan rakyat. Panggil la Dana tu Dana Makanan Rakyat ke apa. Janji Kerajaan
put aside duit untuknya.
4. Jangan perkenalkan GST dulu. Itu punca inflasi naik tahun
2016-2018. Tunggu sampai rakyat sedikit ok dah tidak terbeban. Kerajaan carilah
punca pendapatan lain. Naikkan tax golongan kapitalis dan kayangan ke. Mereka
tengah recession pun buat duit.
5. Kartel barang hanya boleh ditangani melalui Akta Persaingan.
Tapi Suruhanjaya Persaingan kita kecil dan tak berapa upaya dari segi
penyiasatan dan penguatkuasaan. Lebih afdal MyCC ni diletakkan terus di bawah
PMO seperti Singapura, Filipina dan Amerika. Perkasakan mereka dengan kuasa
lebih luas dan besar. Boleh lawan kartel yang ada.
6. Penguatkuasa KPDN juga seringkali terbeban. Kerja hakiki kena
kuat kuasa undang2. Tapi banyak terbeban dengan kerja pentadbiran Kementerian.
Patutnya dah lama Penguatkuasa KPDN jadi Jabatan. Pohon pertimbangkan. Makanya,
mereka boleh fokus kerja buat penguatkuasaan.
7. Control Supplies Act 1961 kena up to date. Dah lama sangat
tu. Kena rombak besar2an, buat Akta yang setara dengan zaman. Akta Persaingan
2010 perlu juga dilihat semula segera. Sudah lebih 10 tahun. Prinsipal undang2
Persaingan ini cepat berubah. Perlu selalu diperkasa.
8. Import barang melalui AP pun kena disemak. Dasar open trade
kita tak seharusnya semua. Ni sampai 65% makanan kita diimport. Sangat bahaya.
Untuk food security perlu ada infant industry yang kita jaga dan polisi
perlindungan. Perkasakan peniaga dan petani tempatan. Itu yang dibuat oleh
negara maju pun selama ini.
8A. Malaysia kena fokus kembali menjadi negara pertanian moden
dan perindustrian. Bukan hanya semata Perdagangan transit tanpa barangan
sendiri. Itu lambat laun akan harakiri. Kena ingat lanskap ekonomi kita bukan
macam Singapura. Kenapa perlu kita jadi seperti mereka?
9. Cerita nak kawal harga ni bukan hanya kerja satu Kementerian.
Banyak Kementerian: KPDNKSH, MAFI, MITI, dan pelbagai agensi. Perlu lebih
senergi. Mungkin PM atau wakil boleh Pengerusi. Dan kena selalu bersidang.
Kalau boleh lantik Pengerusi alternatif yang betul2 faham. Takut PM pun busy
memanjang.
Itu cadangan rakyat marhein seperti saya. Cadangan perubahan
dari segi polisi, undang2 dan struktural. Yang sempat saya pikir dan ingat.
Mungkin ada ramai di kalangan kita terpikir benda yang sama. Mungkin dah masuk
dalam cadangan Jawatankuasa.
Macam mana pun, semangat bina negara ni, tak boleh dimonopoli
sesetengah pihak. Semua ada tanggungjawab, kita boleh bina negara sama2.
Harap2 inner circle Menteri dan penjawat awam yang ada, boleh la
panjangkan kepada mereka yang berkuasa. Kadang cadangan2 rakyat biasa boleh
juga diperguna.
Salam hormat,
Liyana Marzuki