KERATAN
AKHBAR PILIHAN: POLIS SIASAT AP BALING DAKWA ANWAR EJEN ISRAEL
Kuala Lumpur, 30 November 2022 – Polis Diraja
Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Ahli Parlimen (AP)
Baling, Hassan Saad yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim
sebagai ejen Israel.
Setiausaha PDRM, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd
Saaduddin berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas,
Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.
"Kes telah diklasifikasikan di bawah
Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar
Harian seperti di lampiran.