UMNO AKAN TERUS TENGGELAM KATA ZAHARIN
Kira-kira 14 jam sebelum MT Umno bermesyuarat malam tadi di
sebelah paginya saya terjumpa sdr Zaharin Mohd Yassin di sebuah kedai mamak
kesukaanya, di Seri Ramapai. Kami sempat minum bersama dan saya mengambil
kesempatan meninjau pendapatnya berhubung hasil dan tujuan mesyuarat MT Umno
malam nanti.
Selamba beliau menjelaskan mesyuuarat itu akan mendesak untuk
memecat tiga pemimpin Umno, Ismail Sabri Yaakob, Annuar Musa dan Shiahdan
Kassim. Saya tidak memberi reaksi lanjut dan percaya kepada apa yang dilapazkan
Zaharin sebab dia mempunyai konteks rapat dengan pemimpin Umno.
Dan pagi ini setelah buka media sosial, berita pertama yang
terbaca ialah mengenai pemecatan beliau daripada menjadi ahli Umno. Apa yang
diketahuin itu agak bertentangan dengan apa yang beliau nyatakan pagi semalam.
Mengejutkan.
Dalam keanyataan ringkas dengan pemecatan itu Zaharin memberi
tahu dia tidak mengalami apa-apa kerugian.l Sebagai ahli Umno di zaman British
beliau tetapi dengan cara dan prinsipnya. Beliau akan mengkritik para pemimpin
Umno yang korup dan prinsip perjuangan untuk Melayu akan diteruskan.
Iya, dalam hal ini Umno ada kuasa untuk memecat Zaharin sebagai
ahli. Tetapi dari satu sudut kalau Umno khasnya para pemimpinnya mengenal hati
budi Zaharin, tindakan memecat itu tidak memberi kesan yang diharapkan. Kerana
beliau akan tetap bercakap seperti apa yang beliau cakapkan sebelum ini.
Pemecatan itu bukian hakl memelikkan. Zaharin pernah melalui episod itu.
Sebenarnya, penglihatan Zaharin dengan Umno lebih awal
berbanding dengan beberapa pemimpin Umno yang ada kini, termasuk Zahid Hamidi,
Ismail Sabri Yaakob dan lain-lain. Baginya Umno adalah segala-galanya, ia bukan
sahaja menjadi sebuah rumah, istana tetapi ia juga adalah "setesen
bas" buatnya.
Sebelum menititik catatan ini saya ingin petik apa yang Zaharin
preditkan dengan pemecatan itu dan juga suasana dalam Umno kini, bahawa parti
itu akan terus tenggelam dan lenyap selepas ini. Trims.