Lawatan Presiden KEADILAN Datuk Seri Amwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ke Turkiye telah mengunjungi beberapa tokoh pemikir Islam di sana.
Datuk Seri Anwar meluangkan masa menzirahi tokoh pemikir Institut
Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) Dr Ahmad Totonji dan Dr Hisham Altalib
sekeluarga di Bakirköy.
"Kami juga sempat berbincang mengenai prestasi dan halatuju
IIIT.
"Kami turut mengenang persahabatan utuh lebih lima dekad yang
dilalui ketika saat sukar dan senang.
"Ini juga merupakan suatu keunikan IIIT kerana keluarga para
pengasasnya rapat antara satu sama lain. Semoga ukhuwah ini terus
berkekalan," katanya.
Bertemu dan berdialog
bersama rakyat Malaysia di Tukiye
Selain itu, Anwar dan Kak Wan juga bertemu santai bersama warga
Malaysia di Turkiye di Istanbul.
"Kami sempat adakan sesi dialog dan makan tengahari bersama
mereka yang rata-ratanya terdiri daripada mahasiswa dan diaspora.
"Dialog kami memberi fokus kepada pelbagai perkara terkait
isu dalam negara dan perkembangan pendidikan dan kerjaya mereka di Türkiye.
"Saya turut memberi nasihat kepada mereka untuk sentiasa
optimis dan perkukuhkan tekad demi menjana perubahan yang baik untuk
semua," katanya lagi.
Anwar dan Dr Wan Azizah melakukan lawatan ke Turkiye di atas
jemputan Presiden negara itu Recep Tayyip Erdoğan.
Sebelum ini, Anwar dan isteri telah bertemu mantan Duta Besar
Türkiye ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakcı dan Pegawai Khas Presiden, Fatima
Abushanab.