TENTERA CYBER- TUKANG TROLL






TROLL ARMY

(Part 2)

1. Politik ini serupa perang. Perang mendapatkan undi terbesar. Agar menang pilihanraya. Dan politikus boleh berkuasa.

2. Daripada dulu kala lagi, dalam perang akan terselit propaganda. Itu perkara biasa. Dalam perang Mongol, Gengkhis Khan pun guna propaganda.


3. Caranya, dia ikat kayu pada ekor kuda tenteranya. Bila mereka berlari masuk ke medan perang, kayu tersebut tarik pasir dibawahnya. Keluarkan bayangan pasir gergasi di belakang mereka. Nampak seperti mereka punya berpuluh ribu bala tentera. Walhal semuanya auta belaka.

4. Makanya politik zaman moden ni, gunakan propaganda yang sama. Dalam media sosial, ada banyak troll army atau cybertroopers yang bantu “like” dan “share” posting tuan mereka. Seolah2 nak nampakkan tuannya punya penyokong banyak. Walhal auta belaka. Semuanya boleh bikin dan dibayar.

5. Hari tu saya dah up satu posting. Mengenai Troll Army di Filipina. Bagaimana mereka ini dibayar untuk jaga politikus. Dengan keluarkan propaganda dan maklumat palsu.

Tuan/ Puan boleh tengok video ni di Youtube: https://youtu.be/_972Y8iwrX8

6. Troll Army ni bantu anak Ferdinand Marcos untuk menang jadi Presiden. Mereka tutup kesalahan korupsi dan Kleptokrat keluarga itu. Dan keluarkan fitnah bukan2 pada pihak lawan.

7. Kerja Troll Army ni lumayan. Kalau gaji minima hanya 16,500 peso, troll ni boleh dapat sehingga RM30,000 peso sebulan. Selalunya yang ambil mereka bekerja ialah syarikat PR atau marketing. Mereka la yang deal dengan politicians.

8. Ada seorang remaja ni yang kena interview. Dia kata dia kerja hotel mula2. Pastu dia berhenti jadi troll. Boleh balik kampung dan duduk di rumah saja. Gaji pun tinggi. Kerja dia hanya beli sim card banyak2.

9. Dia akan buka banyak akaun palsu. Ketua dia akan bagi tugasan hari2. Setiap hari kena sebarkan poster2 fitnah dalam banyak group FB dan WhatsApp. Ada target juga. Dia kena buat untuk dapat gaji bulanan.

10. Ada juga dia boleh kutip token. Kalau tunjuk dia menyerang pihak lawan. Dia diajar untuk berhujah dengan guna kata2 makian dan cacian. Tak perlu guna fakta pun. Cukup buat pengguna media sosial yang lain takut.

11. Tujuan mereka ialah untuk menyenyapkan pengkritik mereka. Agar rakyat biasa takut untuk bersuara. They rule by fear. Untuk takut2kan kita.

12. Di Malaysia sudah lama benda ni ada. Sejak meletupnya kes 1MDB kita tengok banyak akaun palsu dibuka untuk tutup benda ni bawah karpet. PM masa tu jugak dilaporkan sebagai pemimpin kedua dalam dunia yang punya pengikut palsu. Mereka ini kebanyakan berbayar.

13. Perangai mereka sama. Mereka akan maki2 dan caci orang lain. Dan menyerang secara berjemaah kalau ada yang berani bersuara dan membantah. Saya percaya ramai daripada kita pun dah lalui semua ini.

14. Spin dan propaganda mereka semua sama. Ada sorang leader yang buat itu semua. Kerja mereka hanya tukang sebar sahaja.

15. Dilaporkan gaji mereka ialah RM2,000-RM10,000 sebulan. Jauh tinggi dari gaji minima. Hari tu kawan saya cakap. Kilang dia semua takde pekerja. Di restoran2 pun susah nak dapat staff. Mana pergi ramai orang muda kita?

16. Kami suspect ramai yang ambil kerja senang. Jadi cytro dan troll farm. Sebar fitnah dan berita palsu. Dan maki2 orang lain termasuk yang lagi tua. Memang biadap dan tak tahu malu.

17. Bila kita lawan, mereka akan cakap kita “koyak”. Itu standard taktik mereka. Walhal, mereka sendiri tak guna nama dan gambar sebenar. Siapa yang awal2 pengecut dan koyak sebenarnya.

18. Ini bukan budaya kita. Dalam Rukun Negara ada prinsip terakhir “Kesopanan dan Kesusilaaan”. Tapi troll dan cytro musibat ni apah pun tak guna. Kebanyakkannya kurang ajar. Rukun Negara pun mereka tak baca.

19. Kita tak boleh bagi muka. Nanti Malaysia akan jadi seperti Filipina pula. Demokrasi dicuri dari rakyat. Melalui propaganda dan fitnah troll musibat.

20. Makanya saya mendesak politikus yang ada. Pinda atau gubal undang2:

I. Untuk melarang dan mengharamkan troll farm;

II. Untuk ambil tindakan kepada mana2 politikus atau parti yang menggaji troll farm;

III. Jadikan satu kesalahan atas mana2 pemimpin yang buat propaganda palsu dan boleh gugat demokrasi negara.

Jangan la bagi muka.

21. Saya desak pemimpin muda kita. Tak kira mana parti. Kalau sayangkan negara, dan hendak lindungi demokrasi, jihad menentang troll farm ini kita kena buat. Lindungilah rakyat dari cytro politaik musibat.

Khairy Jamaluddin Shahril Hamdan Rafizi Ramli Nurul Izzah Anwar Fahmi Fadzil Mukhriz Mahathir Akhramsyah Sanusi Hannah Yeoh Anthony Loke Siew Fook Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Fadhli bin Shaari Faiz Fadzil

Salam hormat,

Liyana Marzuki