Kini sah. Memang Najib dapat layanan istimewa di Penjara Kajang
(https://bit.ly/3S2Rnn1).
Aku tak nak persoalkan dia duduk HRC tu. Iyalah dah dia nazak,
kenalah beri rawatan kan. Cuma aku pelik kenapa dia boleh dapat akses internet?
Apa maknanya hukuman penjara kalau masih lagi diberikan layanan
VIP? Kalau begitu, duduk penjara sampai mati pun dia tak kisah. Mana keadilan?
Macam ni, mahunya Najib sakit sampai kiamat. Cakap je darah
naik, dapat duduk hospital, layan spesial, dapat main internet lagi. Tak gitu?
Kalau Najib boleh dapat layanan VIP, maka. Semua banduan juga
layak dapat layanan VIP. Sebenarnya, banduan lain lebih layak dapat layanan VIP
sebab kesalahan mereka tidak sebesar Najib.
Jadi aku cadangkan pihak pentadbiran Penjara Kajang benarkan
saja semua banduan untuk bawa telefon bimbit masing-masing. Baru adil.
Jahanam negara ini bila yang pegang amanah pun langgar prinsip
keadilan. Ada PM PM pun tunggul kayu. Bodoh sampai dibuli oleh banduan.
Perkara sebegini tak sepatutnya terjadi. Pegawai penjara yang
benarkan penyelewengan ini mesti dikenakan tindakan. Guane boh?