Dari Rafizi Ramli
SAYA DAN TRAK
KEMBALI!
Saya mohon maaf
kerana ada masalah untuk mengakses Facebook sejak lebih seminggu lepas. Masalah
itu sedang diselesaikan, Insya Allah saya dapat naikkan kandungan baru bermula
hari ini.
Momentum #AyuhMalaysia diteruskan. Setakat ini, ada tanda-tanda
peralihan sokongan dari pengundi atas pagar di seluruh Malaysia. Masih banyak
yang perlu dibuktikan untuk meyakinkan pengundi, jadi kita perlu terus berlari.
Saya dan Izzah akan
ke Johor dan Melaka hujung minggu ini (Sabtu, 17 September dan Ahad, 18
September).
Kempen bermula jam 3
petang 17 September dengan siri latihan PACA untuk sukarelawan di Johor Baharu.
Untuk jelajah trak,
pada hari Sabtu, 17 September, saya akan bermula di Simpang Renggam dan Saudari
Izzah akan bermula di Johor Baharu, kedua-duanya bermula serentak jam 9 malam.
Kemudian kami akan bersilang tempat – saya akan menjadi penceramah terakhir di
Johor Baharu dan Saudari Izzah penceramah terakhir di Simpang Renggam.
Kemudian saya akan
bergegas balik ke Kuala Lumpur untuk melancarkan kempen lapangan KEADILAN yang
melibatkan 600 pengurus kempen lapangan dari seluruh negara. Kempen lapangan
KEADILAN akan bermula besar-besaran dari minggu depan dengan sasaran
menghubungi 20,000 pengundi atas pagar setiap minggu di seluruh negara.
Selepas itu, saya
akan bergegas balik ke Batu Pahat untuk mengumumkan barisan kepimpinan KEADILAN
Johor dan strategi pilihanraya. Sidang media bersama kepimpinan penuh KEADILAN
Johor bermula jam 130 petang.
Jam 5 petang, saya
dan trak akan berada di Parlimen Ledang dan berakhir di Parlimen Tangga Batu
pada sebelah malamnya.
Sedikit demi sedikit,
kita telah berjaya membina momentum yang menggoyang keyakinan Kerajaan PUB (PAS
UMNO BERSATU). Saya ajak seberapa ramai rakyat yang membenci pembodohan dan
penyelewengan berjumpa saya dan Saudari Izzah di sepanjang jelajah trak #AyuhMalaysia untuk mendengar sendiri pandangan kami
mengenai masa depan rakyat dan negara.