PERASAN KUAT...PAS DAN AHLINYA KUTUK ORANG INI TAK BETUL PARTI INI TAK BETUL..SEMUA ORANG SALAH...PARTI KITA KUAT BERSENDIRIAN....KALAU DULU IKUT TOK GURU..PAS TAK AKAN MENJATUHKAN MARUAH PARTI DENGAN MENYONDOL UMNO DAN PARTI LAIN...PAS KINI TELAH MENJATUHKAN REPUTASI PARTI ITU SENDIRI
PAS sedia bergerak solo pada PRU15, kata Tuan Ibrahim
PETALING JAYA: PAS bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan, termasuk bergerak solo pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Tetapi, Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tetap akan memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) dalam persiapan menghadapi PRU15.
“Saya lihat BN (Barisan Nasional) banyak buat keputusan untuk bergerak solo, jadi kalau BN buat keputusan begitu, kita sedia hadapi dalam semua kemungkinan. Kalau muafakat, kita boleh pakat, kalau mahu lawan pun kita boleh lawan.
“Ya (sedia bertembung), tetapi sebagaimana kita tahu, keputusan parti ini akan dibawa ke majlis pimpinan masing-masing. Bagi parti kita, kita bergerak atas PN sebab PAS sebahagian daripada PN.
“Apapun paling penting rakyat dapat manfaat daripada kerajaan yang stabil dan adil, itu fokus kepada rakyat. Kita tidak mahu kerajaan yang tidak stabil sebab ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Ditanya sama ada PAS akan meletakkan calon di Sabah, Tuan Ibrahim berkata, ada beberapa kerusi yang dicadangkan untuk ditandingi parti itu pada PRU15.
Tetapi, katanya, beliau belum menerima calon yang dikemukakan di Sabah.
“Namun, saya ada dengar mengenainya. Biasalah parti-parti politik mengemukakan calon untuk cadangan di peringkat negeri. Namun bagi pihak parti, kita akan tunggu secara rasmi dan lihat bagaimana kesediaan PAS negeri untuk bertanding.
“PAS sudah lama di Sabah dan kita dapati sokongan semakin hari semakin baik.”
Beliau mengulangi kesediaan PAS untuk berbincang dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama dengannya.