NIK HASYUDEEN
Akhirnya kerajaan yang bayar
Laporan
ini mengandungi kenyataan bahawa kerajaan Malaysia bagi pihak kita semua telah
membayar RM 4 bilion sebagai penjamin sukuk yang dilanggan oleh KWAP.
Apa yang
terjadi kepada aset yang menjadi asas kepada sukuk tu tidak dinyatakan di sini.
Pokoknya rugilah. Jika tidak mengapa penjamin yang kena membayarnya.
Saya
pelik mengapa ramai orang Islam tidak nampak ini sebagai kemungkaran. Jika yang
curi perkara-perkara kecil nak kita hukum, bagaimana dengan perkara-perkara
semacam ini?
Jumlah duit RM 4 bilion tu
bukannya kecil. Akhirnya kerajaan terpaksa menangguhkan pembinaan hospital dan
sekolah yang diperlukan oleh rakyat. Begitulah bagaimana rakyat menanggung
akibat perkara-perkara sebegini.