AZIZI ALI
1. Kebelakangan ini,
ramai orang di Malaysia yang khusyuk dengan nombor plate kenderaan yang
special. Dipromosi oleh organisasi kerajaan tertentu dan disokong oleh pihak
media, ramai orang membelanjakan ribuan, puluhan ribu dan malah ratusan ribu
ringgit untuk membeli nombor plate yang special ini.
2. Walaupun tujuan
mereka bertindak demikian berbeza, kebanyakkannya sanggup membelanjakan wang
yang banyak itu kerana nombor itu special, unik atau membawa ‘ong’.
3. Salah satu nombor
yang popular ialah 8055 kerana kalau dimodify nampak seperti ‘boss’. Dan sudah
tentu ada individu yang desperate nak bagi tahu satu dunia dia seorang boss.
Jadi dia pun bayar ribuan dan malah puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan
nombor tersebut.
4. My thought is why
pay thousands of ringgit for this? Ianya jauh lebih mudah dan murah untuk beli
beli sticker, dan tampal ayat BOSS besar2 di kereta mereka. Malah mereka boleh
tampal ayat itu di bahagian depan, belakang dan kiri kanan kereta lagi! Langkah
ini pasti akan memberitahu tahu satu dunia yang mereka adalah seorang boss!