KAH..KAH..KAH...TENGOK TETAP TENGOK..MASA HANGPA BOLEH HENTAM ORANG ..SELAMBA WALAUN TURUT HENTAM..KENA HENTAM BAB TENGOK WAYANG HANGPA KALUT....WOIIII...ADIB,RUU 355 DAN LAIN LAIN TAK MAU TERANGKAN KE ?

 

Pemuda PAS perjelas dakwaan hipokrit tonton ‘Mat Kilau’




Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, dikecam warganet kerana didakwa hipokrit susulan menonton dan mempromosikan filem, Mat Kilau, di sebuah pawagam, di ibu negara, baru-baru ini.

PETALING JAYA: Selepas dituduh bersikap hipokrit kerana menonton wayang filem, Mat Kilau, namun pada masa sama menyokong ‘pengharaman’ panggung wayang di Kelantan, Pemuda PAS tampil menjelaskan pendirian mereka.

Ia susulan kecaman warganet yang mengkritik tindakan Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari, yang menonton dan mempromosikan filem itu di sebuah pawagam, di ibu negara, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan Pemuda PAS, sayap parti itu mempertahankan tindakan Fadhli dengan memberi beberapa penerangan berhubung adab menonton wayang yang dibenarkan Islam.

Pemuda PAS menjelaskan, sekiranya filem ditayangkan itu mempunyai barisan pelakon menutup aurat dan penonton menjaga batas serta jalan cerita tersebut tidak menjurus kepada maksiat, ia tidak dianggap haram.

Ads by Kiosked

“Tengok wayang bukan haram terus. Kalau cerita ditayangkan itu seru kepada kebaikan, ajak orang kenal sejarah, ajak cintakan negara, itu tak haram. Kalau cerita ditayangkan itu pelakonnya semua tutup aurat, tengok wayang jaga batas syarak, itu tak haram,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Pemuda PAS berpendirian panggung wayang tetap dikategorikan haram sekiranya tidak menepati syariat Islam.

“Tengok wayang haram kalau duduk berdua-duaan dengan bukan mahram, sebelah-sebelah, tengok wayang cerita cintan-cintun, ajak kepada kemaksiatan dan tiada nilai pengajaran. Tengok wayang sampai lupa solat, masuk waktu solat pun masih di pawagam, itu haram,” katanya.

Katanya, Pemuda PAS juga membantah pembukaan pawagam di Kelantan selagi ia tidak menepati syariat dan menjaga kesucian agama Islam.

“Kalau panggung wayang tu boleh asingkan tempat duduk lelaki perempuan dan keluarga, boleh set (tetapkan) tiada tayangan semasa waktu solat, boleh pastikan cerita yang ditayang betul-betul patuh syariah, tak ada masalah. Kita pun setuju.

“Tengok Terengganu. Ada je (sahaja) panggung wayang. Dekat sana semua panggung wayang diasingkan tempat duduk lelaki? perempuan dan keluarga. Dekat sana tiada cerita ditayangkan semasa waktu solat, ada Pemuda PAS bantah? Kita raikan lagi,” katanya.

Ads by Kiosked

Mereka turut menjelaskan sewaktu menonton filem ini mereka tidak bercampur antara lelaki dan wanita.

“Kami beli 20 seat (kerusi). Semua lelaki. Tak ada siapa duduk sebelah perempuan, tanya lah dulu sebelum kecam,” katanya.

Selain warganet, Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan, menyifatkan PAS sebagai tidak mempunyai pendirian tetap selepas mengajak orang ramai ke panggung wayang untuk menonton filem, Mat Kilau.

No comments: