Ayat last dia tu.. Buat kita terkedu
.
"Bang, cuci cermin?" Ujar mamat Bangladesh pam
attendan stesen minyak Petronas kepada aku.
"Oh ok."
"Nama siapa?" Tanyaku.
"Ibrahim."
"Sedap nama awak, macam nama nabi Ibrahim."
Dia senyum.
"Dulu saya lahir waktu hari raya korban, sebab tu mak saya
bagi nama Ibrahim."
"Abang ada korban tahun ini?"
"Ada."
"Abang bagus."
"Kamu?" Tanyaku.
"Ada bang. Tiap2 tahun."
"Wah ...
hebat
, banyak duit kamu?"
"Duit tak banyak bang, makan pun tak cukup, tapi saya
simpan tiap2 bulan."
"Alhamdulillah."
"Saya sayang nabi, sebab nabi bagi saya agama."
Terkedu. Aku diam. Insaf!
Aku tenung wajahnya dalam2, saat dia menghabiskan mencuci cermin
keretaku, terlihat aku kejernihan, kesungguhan dan kesolehan yang lekat di
wajahnya.
Seorang yang bergaji hanya RM900 sebulan mencintai nabinya!
Aku?
Aku letak pam. Hulur RM5.
"Terima kasih kerana cuci cermin saya dan cuci hati
saya."
Dalam kereta, tak sedar aku titiskan jua airmata ku yang jauh
tersembunyi dalam kolam rohnya yang hampir kering.
Malu kepada diri sendiri. Kereta ada 1 buah, motorsikal ada
sebuah, roadtax boleh hidup tiap2 tahun.
Korban? Tak cukup duit..Allahuakbar!!!
Kredit kepada penulis asal
Sumber: FB Kun Anta