ADA ORANG TAK MALU DI MALAYSIA INI

 

Amber Heard kalah dalam perbicaraan saman yang dikemukakan oleh mantan suaminya. Dia tu orang putih, bukan muslim, kalah kes saman malu, bukan kes jenayah. Tapi riak wajahnya kelihatan sugul. Macam malu pun ada.

Sementara di Malaysia, ada seorang yang mengaku muslim, didapati bersalah dalaml kes jenayah, tak pula rasa malu. Bukan setakat tak mahu, boleh pula dia bangga ke sana ke mari. Malah masih ada pula yang mengagungkannya.

Ini soal maruah individu. Bukan soal apa kaum dia atau apa agamanya. Tapi soal individu itu sendiri. Kalau dah tak bermaruah, bersalah kes apa pun tetap takkan berasa malu. Baik Melayu atau bukan, muslim atau tidak. Guane boh?

Raja Gelap