MALU APA BOSSKU...Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 hari dengar rayuan kes SRC Najib

 


Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 hari dengar rayuan kes SRC Najib


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Mahkamah Rayuan sebelum ini mengekalkan keputusan Mahkamah
 Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210
 juta ke atas Najib Razak.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan Najib Razak terhadap sabitannya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta dari 15 hingga 26 Ogos.

Dalam surat bertarikh 29 April lalu, mahkamah memaklumkan kepada pihak pendakwaan dan pembelaan bahawa rayuan itu akan diadakan selama 10 hari.

Ia juga meminta pihak terbabit berada di mahkamah pada 8.40 pagi kerana perbicaraan akan bermula 9 pagi.

“Penghujahan bertulis mesti difailkan sebelum 31 Julai ini,” menurut surat itu.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 ke atas Najib kerana menyelewengkan RM42 juta dana SRC International.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Sebelum ini, Najib memohon untuk memasukkan keterangan baharu dalam rayuannya, tetapi Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya atas alasan ia tidak memenuhi syarat peruntukan undang-undang.


No comments: