DIVA bukanlah nak mengumpat, lebih-lebih lagi kita masih dalam bulan Syawal yang mulia. Tapi Diva terpanggil apabila melihat penampilan penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya baru-baru ini.
Baru saja tengok Farahdhiya berjubah bertudung sepanjang Ramadan lalu, manis saja tengok dia menjaga penampilannya bagi menghormati bulan mulia.
Namun, habis sahaja Ramadan, maka terus terbang semua pakaian muslimah. Diva tak kisah pun kalau Farahdhiya mahu kembali membuka hijab, tapi kalau boleh janganlah berpakaian terlalu seksi.
Bukan Diva yang kata tau, netizen pun sama. Macam video aktiviti bersenam yang dikongsikannya dalam Instagram. Seluar yang dipakai Farahdhiya sangat pendek seperti memakai seluar dalam sahaja gayanya.
Aktiviti senaman yang dilakukan itu pula sangat lincah dan agresif, menampakkan lagi dirinya kelihatan tidak sopan.
“Farahdhiya cantik, tapi lagi cantik kalau pakai seluar panjang,” kata seorang netizen.
“Aurat muslimah kena jaga,” tegur seorang lagi peminatnya.
Betul orang kata, jangan menilai seseorang melalui pakaiannya. Tapi kalau diri sendiri mengundang kecaman, jangan marah pula.
Harap Farahdhiya lebih sensitif untuk berkongsi apa sahaja dalam Instagram okey.