5 sebab anda tak dipanggil temuduga jawatan kerajaan walaupun sebenarnya layak

 5 sebab anda tak dipanggil temuduga jawatan kerajaan walaupun sebenarnya layak


Pastinya ramai yang mengharapkan untuk memasuki bidang pekerjaan dalam dunia kerajaan. Benar, bukan mudah untuk dapat peluang bekerja dalam kerajaan. Sebelum calon betul-betul diterima, terdapat pelbagai tapisan yang perlu dilalui terlebih dulu.

Apa yang lebih mengecewakan, kita dah melepasi kriteria yang diperlukan tetapi sampai sekarang masih tak dipanggil temuduga. Kenapa jadi begini? Haa, ini persoalan yang selalu diutarakan oleh calon yang memohon.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak SPA sendiri, ini antara 5 sebab kenapa korang tak dipanggil untuk temuduga padahal korang sebenarnya layak!

#1 Tiada Pengambilan

Sebelum korang hantar resume, pastikan korang tengok betul-betul sama ada kerja yang dimohon tu ada kekosongan ataupun tak. Kalau tak, memang sia-sia jelah resume yang korang hantar tu. Haa, kan dah buang masa.

#2  Borang Pendaftaran Tak Lengkap

Dalam permohonan kerja, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan dan perlu disemak berulang-ulang adalah borang permohonan jawatan yang ingin dimohon. Bukan saja jawatan kerja kosong kerajaan, mana-mana kerja kosong pun korang perlu isi borang permohonan dengan lengkap. Kalau tak lengkap, confirm borang permohonan korang tu takkan diproses.

#3 Tidak Lulus Ujian PAC & Peperiksaan Online

Sebagai contoh, kalau sesiapa pernah memohon jawatan sebagai PTD, korang mesti tahu yang korang perlu menjalani beberapa peperiksaan sebagai tapisan. Sekiranya berjaya melepasi kesemua peperiksaan, barulah korang akan dipanggil ke temuduga peringkat terakhir.

#4 Sijil Pengajian Tidak Diiktiraf MQA

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti kursus pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini. Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT.

Sekiranya IPT tersebut tiada MQA, maka korang tidak boleh memohon kerja kerajaan.

#5 Kekosongan Jawatan Terhad

Selalunya, bagi satu kekosongan jawatan yang ditawarkan, kebiasaannya ramai yang akan berpusu-pusu untuk memohon. Kadang kala, mereka hanya memerlukan 2 kekosongan saja tetapi jumlah permohonan calon adalah seramai 5,000 orang. Jadi, sekiranya calon rasa mereka menepati ciri-ciri kelayakan yang ditetapkan tetapi tidak dipanggil temuduga, ini mungkin disebabkan korang tak lulus tapisan peperiksaan yang lain.

Rujuk juga antara sebab lain: