PENGANALISA POLITIK APA BODO MACAM NI...BERSATU TU KAN KAKI LOMPAT BANYAK...NAK SURUH PELINGKUP PULAK NEGARA ? BEKAS PENGKIANAT RAMAI DALAM BERSATU...KAH..KAH

 

PKR disaran berganding dengan Bersatu supaya pembangkang menang pada PRU15






Kerjasama antara PKR dan Bersatu dijangka menimbulkan kemarahan sebahagian penyokong pembangkang, susulan peranan Bersatu dalam Langkah Sheraton.

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menggesa PKR untuk terus membuka pintu bagi kerjasama dengan Bersatu.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania percaya, penting bagi semua parti pembangkang untuk membuka talian komunikasi dengan satu sama lain jika mereka mahu melihat Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Mereka perlu memastikan sebanyak mungkin pertembungan satu lawan satu, katanya.

Chin memberitahu FMT beliau tidak bersetuju dengan gesaan Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin baru-baru ini agar partinya menutup terus kemungkinan bekerjasama dengan Bersatu.

James Chin.

Kenyataan Razeef itu menyusuli laporan berita yang memetik Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai berkata, pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan parti yang bukan komponen Pakatan Harapan (PH), tanpa merujuk secara khusus kepada Bersatu.

Apabila ditanya sama ada masuk akal untuk PKR memikirkan tentang kerjasama dengan Bersatu susulan peranannya dalam kejatuhan kerajaan PH, Chin berkata, tiada yang mustahil dalam politik Malaysia.

Tambahnya, pakatan yang diperbaharui adalah perkara biasa dalam politik.

“Semestinya ini akan menimbulkan kemarahan sebahagian penyokong pembangkang, terutamanya mereka yang menyalahkan Bersatu atas Langkah Sheraton, yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH dua tahun lepas,” katanya.

“Oleh itu, ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan dengan cara yang tidak akan menjejaskan sokongan kepada pembangkang.”

Beliau berkata, Bersatu akan membantu menarik sokongan daripada pengundi Melayu luar bandar.

Memetik kekalahan besar PH pada tiga pilihan raya negeri (PRN) yang menyaksikan parti-parti pembangkang bertelagah sesama sendiri, Chin memberi amaran bahawa perpecahan antara parti pembangkang akan mendorong kemenangan BN pada PRU.

Pada PRN Johor, BN memenangi 40 kerusi, manakala PH menang 12, Perikatan Nasional (PN) tiga dan Muda satu.

Jeniri Amir.

PH juga mencatat prestasi buruk pada PRN Melaka dan Sarawak, dengan memenangi lima dan dua kerusi masing-masing.

Bagaimanapun, felo Majlis Profesor Jeniri Amir memberitahu FMT beliau percaya undi bagi pembangkang akan berpecah jika PKR bekerjasama dengan Bersatu kerana impak Langkah Sheraton terlalu besar.

“Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana Bersatu bukan sahaja mengkhianati PH tetapi juga mandat rakyat,” katanya.

“Bersatu juga bukan parti yang kuat dari segi jenteranya dan tidak ramai ahli.”

Sebaliknya, katanya, PKR harus bekerjasama dengan parti-parti lain seperti Muda dan Warisan.