Keputusan mahkamah AS perlihat korupsi di Malaysia tidak pernah selesai

 


Keputusan di Mahkamah Daerah Timur New York, Amerika Syarikat (AS) yang menjatuhkan hukuman bersalah kepada pencuri dana 1Malaysia Development Berhad kelmarin mencemarkan imej negara dan menyerlahkan korupsi di negara ini di mata dunia.



Menurut Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, korupsi dalam Malaysia pula, pada waktu sama telah berada pada angka ratusan dan ribuan juta ringgit yang menunjukkan penguasa tidak lagi segan silu merompak wang rakyat.



"Kita ada kes 1MDB, tak habis habis, keluar di New York, keputusan semalam dari Najib kepada Tim Leissner sekarang Roger Ng, seluruh dunia menyaksikan.



"The Economist hari ini mengulangi kenyataan awal dulu bahawa 1MDB adalah skandal skala terbesar melibatkan negara yang pernah berlaku pada abad ini.



"Jadi ini yang berlaku. Ada masalah berbangkit lagi, MySejahtera. Kemudian hari ini sibuk satu lagi kes penangkapan pegawai GLC. Sekarang (korupsi) bukan juta tetapi bilion," katanya dalam ucapan tazkirah sempena program Majlis Berbuka Puasa Anjuran Menteri Besar Negeri Sembilan, petang semalam.



Sehubungan itu, kata Anwar, korupsi yang meningkat menuntut Pakatan Harapan berjuang lebih gigih dalam menyedarkan rakyat melakukan perubahan agar negara tidak lumpuh pada masa hadapan.



"Kalau kita lihat fokus itu, baik KEADILAN, DAP, Amanah (perlu kuat berjuang), negara hampir hancur puluhan bilion dirompak. Kemiskinan merata rata. Kesenjangan melebar, pengangguran bertambah. Tetapi kita lihat tiap hari berita rompakan demi rompakan.



"Cuma tidak disebut rompakan tetapi salah guna kuasa atau commission agent," katanya.



Justeru sempena Ramadan, Anwar menasihatkan agar umat Islam menguatkan tarbiah dan menghindarkan diri daripada sifat tercela, apatah lagi melakukan jenayah korupsi.



"Sebab itu kita diminta puasa supaya tahu apa dirasakan oleh masyarakat miskin yang hidup derita, sama ada kelaparan atau tak cukup nikmat makanan