HASRAT EZAM TUBUH PARTI BARU TIDAK KESAMPAIAN


 1.Semalam, Isnin 11 April 2022, kami penaja *Parti Integriti Negara Bangsa* menerima surat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menyatakan keputusan rasmi mereka *MENOLAK* permohonan kami menubuhkan parti.

2.Kira-kira 4 bulan lalu,beberapa rakan dari kelompok profesional menyatakan hasrat menubuhkan sebuah parti fokus soal integriti dan melawan rasuah dan mengajak saya bersama.

3.Hasrat mereka terpancar daripada suasana negara yang terlalu parah dari segi integriti dan amalan rasuah.Ianya juga selari dengan hasrat saya selama ini untuk fokus melawan elit2 jahat yang rasuah didalam negara ini.

4.Saya pernah mencoba menubuhkan parti anti rasuah ( a single objective party) 2 kali sebelum ini dan ditolak.Saya tidak fikir kali ini kerajaan akan meluluskannya.Lebih2 lagi kerajaan ini sama sahaja dengan kerajaan korup yang lalu.

5.Namun kerana menghormati hasrat rakan2 yang jujur mahu berjuang melawan rasuah dan suasana negara yang amat parah, saya teruskan ikhtiar menubuhkan parti politik anti rasuah ini.

6.Keputusan rasmi semalam membuktikan kerajaan ini memang sama saja dengan kerajaan korup terdahulu,takut dengan perjuangan melawan rasuah dan memartabat integriti bangsa dan negara.

7.*Setelah 3 kali permohonan saya ditolak, saya terima hakikat dinegara ini parti yang fokus melawan rasuah tidak ada tempat selagi kerajaan korup dan tiada integriti ini masih berkuasa.*

.

8.Tentunya ada satu lagi jalan yakni undang-undang di mahkamah tetapi kosnya tinggi bagi kami dan memakan waktu yang panjang.

9.*Keperluan juga tidak mendesak seperti sebelum ini setelah munculnya beberapa tokoh-tokoh muda yang mempunyai rekod cemerlang melawan rasuah kembali aktif dalam perjuangan menerusi partai politik.Saya percaya mereka boleh memberi kesan besar kepada perjuangan melawan rasuah.*

10.*Dikalangan kami penaja parti integriti juga ada tokoh2 muda yang dilihat mampu tampil selepas ini.Mereka juga mampu memberi kesan besar kpd perjuangan.*

11. Saya pula akan kembali berjuang menerusi jalur *NON PARTAI* seperti sebelum ini tanpa sedikitpun berganjak dengan iltizam dan kepercayaan saya selama ini bahawa melawan habis2an pemimpin2 elit politik yang korup mesti menjadi tumpuan negara ini.(Lihatlah sehingga hari ini *tidak ada* seorangpun elit rasuah yang sudah merengkok dipenjara!)

12.Kita wajib percaya setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah dari Alllah swt apalagi didalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.

MOHAMAD EZAM MOHD NOR

12 April 2022, 10 Ramadhan 1443H.