PRN JOHOR : AKHIRNYA IANYA MENEPATI RAMALAN AKU..

 daniel davve

1- Aku tak pasti keputusan akhirnya PRN Johor, Tapi apa yang terlintas waktu aku tonton Awani tadi, Ia seakan menepati ramalan dalam tulisan aku siang tadi dan juga semalam..
2- Kelihatan PH bakal kalah teruk biarpun kemungkinan DAP mempertahankan 10 dari 14 Kerusi yang dimenangi pada PRU 14.. Muda menang 1 Kerusi atas Ihsan Amanah..PKR mungkin hanya bernasib baik di Batu cuma berkelebihan 132 undi, itupun PKR bernasib baik calon BN dari MIC/India.. Drmazlee pla tewas di Layang Layang..Manakala Amanah masih belum nampak bayang..
3- Ramai yang marah marah kononnya Rakyat Johor memilih Rasuah..UMNO Menang besar.. hakikatnya dari keputusan yang aku lihat sebenarnya tidak banyak bezanya dengan PRU 14.. UMNO kini lemah, Cuma undi Pembangkang Berpecah..
4- Apa undi yang diterima PH, dan Undi diterima PN sebenarnya itulah campuran undi yang diterima ketika PRU 14.. Andai kedua undi itu dicampurkan, UMNO mungkin akan kalah teruk.. Itu sebab aku sependapat dengan Mazlan Aliman kita perlu memberi laluan dan Kerjasama dengan PN bagi menghalang kemenangan UMNO atas sebab Strategi..
5- Jelas Segmen Undi protes dari UMNO, Undi Melayu pergi kepada PN.. ada Faktor Mahaiddin yang tak boleh dinafikan di Pantai Barat, PN juga terima undi yang setara dengan PH.. Setakat ini difahamkan depa dah menang 3 Kerusi, Nasib PN juga seperti PH.. sebenarnya mereka perlukan sokongan dari PH seperti PRU 14 untuk mengalahkan UMNO. begitu juga PH..
6- Malangnya ada budak parti berlagak pandai sampai boleh mempengaruhi presiden parti dia untuk percaya cerita dongeng Logo Parti mereka..logo Keramat.. kononnya Pada PRU 14 rakyat memilih PH sebab logo mereka.... Itu lah nasihat budak budak yang lahir di bandar..Di Lembah Pantai dan Petaling Jaya yang tak faham reality Politik di Malaysia..
7- Petang tadi ada sahabat PKR komen nasib yang bakal diterima parti Abah dan Pejuang.. Aku jawab jelas semalam, Perlunya kerjasama dengan parti Teras Melayu..aku sebut dengan jelas, Segmen Melayu akan tertumpu kepada PN.. Pejuang semalam aku dah sebut akan kalah besar kalau bersendirian, Aku sebut dengan jelas Pejuang akan senasib PAS dalam PRU 14 di pantai Barat.. dan itu yg berlaku..
8- Sebenarnya Logo PH takda masalah apapun, Kita sendiri tak yakin.. Disebabkan ada kebodohan dari kalangan Pemimpin Muda yang jadi Penasihat sang pemimpin.. Ketakutan..Kebencian kepada Logo PH itu sebenarnya diburukkan bukan dari UMNO ,Hatta dari budak budak PH sendiri..
9- Susah kalau jenis tak reti baca dan analisis Data... bila tersilap, cipta alasan..Last last dok baca, Nak panggil balik Rafizi.. Rafizi kalau bertanding Johor kawasan Melayu pun kalah, Jangan kata Dr Maszlee.. kalau tak, Pattutnya Rafizi bertanding kat Terengganu kampung dia.. sebab apa bertanding Pandan ? Sebab itulah Reality Politik Pantai BArat dan PAntai Timur..
10- Aku tetap berpandangan PH perlu lakukan kerjasama parti teras Melayu..Teruskan hasrat bina Khemah besar biarpun aku tak suka guna term "Khemah Besar".. jangan jadi penakut untuk berkata benar..! bagi aku kejayaan awal dah dirintis dengan Muda cukup baik..maka perkuatkan kerjasama..Tunjukkan Keikhlasan dalam kerjasama..Jangan pentingkan diri sendiri seperti PAS dulu...
11- Semoga ia pelajaran Berguna bagi PH.. 🙂