Oleh SURI LAILA / January
29, 2022
Timbalan Pengerusi
Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengingatkan Pas
bahawa tanpa Umno, Pas tidak mungkin akan berada di dalam kerajaan seperti hari
ini.
Beliau berkata, Umno
juga bangkit semula bukan kerana ‘ubat mujarab’ Pas, tetapi kerana sokongan
orang Melayu terhadap parti itu.
“Pas tahu, tanpa Umno
dia tidak akan dapat kekal menjadi sebahagian dalam kerajaan persekutuan
selepas PRU nanti.
“Jika Pas merasakan BN itu tidak lagi relevan, kita pulangkanlah
kepada rakyat untuk memutuskannya. Dan biarlah rakyat juga memutuskan sama ada
Pas dan PN itu relevan lagikah atau tidak,” katanya dalam satu hantaran di
Facebook hari ini.
Terdahulu,
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumpamakan Umno seperti itik patah
kaki yang mahu berenang sendiri setelah disembuhkan mereka.
Beliau
turut menyifatkan tindakan Umno meninggalkan mereka ketika sudah ‘sembuh’
sebagai tidak bermoral dan menganggap BN tidak lagi relevan.
Sementara
itu, Mohamad Hasan yang turut dikenali sebagai Tok Mat berkata, beliau tidak
kisah jika ada mana-mana pihak yang menggelar Umno dengan pelbagai gelaran
seperti itik, angsa, harimau dan sebagainya.
Ini
kerana katanya, Umno masih lagi parti Melayu terbesar malah parti politik
terbesar di Malaysia.