SEGERA LEPASKAN JAWATAN ABU ZAHAR JANGAN CUBA DAPATKAN TALIAN HAYAT MENGGUNAKAN NAMA YDPA

 

Sekurang-kurangnya ada dua ketidakwajaran paling ketara telah ditunjukkan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, Abu Zahar Ujang dalam sidang medianya pagi tadi.

Pertama, menyalahkan media kononnya salah lapor terhadap kenyataannya pada 5 Januari lalu yang membersihkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki daripada sebarang salah laku dalam pemilikan berjuta-juta saham korporat yang dikaitkan dengannya.

Jika benar media salah lapor, mengapa baru hari ini beliau memperkatakannya?

Kenapa tidak membetulkannya pada hari yang sama laporan itu disiarkan di media-media?

Kemudian, kenapa dalam sidang media hari ini hanya media tertentu saja dibenarkan hadir dan Abu Zahar juga enggan menjawab sebarang soalan daripada wartawan?

Jika benar beliau seorang yang jujur dan ingin membuktikan media salah lapor terhadap kenyataannya sebelum ini, bukankah beliau harus berani berdepan dengan wartawan?

Tidakkah juga inilah peluang terbaiknya untuk menjelaskan kedudukan sebenar apa yang diperkatakannya sebelum ini?

Tetapi, mengapa hari ini beliau takut nak bersoal jawab dengan wartawan?

Ketidakwajaran kedua yang diperlihatkan oleh Abu Zahar ialah apabila beliau menyerahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menentukan nasib kedudukannya sebagai Pengerusi LPPR.

Kenapa mesti Abu Zahar menjadikan Agong sebagai talian hayatnya?

Jika beliau merasakannya kenyataannya pada 5 Januari lalu telah menjatuhkan nama baik SPRM, kenapa tidak terus saja berundur diri dan meletak jawatan?

Kenapa masih mahu menggunakan nama Agong untuk menentukan kedudukannya?

Lagi pun, Abu Zahar juga harus sedar, selain masyarakat umum tidak bersamanya dalam pendiriannya mempertahankan Azam Baki sebagaimana kenyataannya pada 5 Januari lalu, kesemua enam anggota LPPR juga menyanggah kenyataannya itu.

Sanggahan kesemua enam anggota LPPR itu dengan sendirinya adalah gambaran nyata mereka sudah hilang kepercayaan terhadapnya.

Jadi, nak tunggu apa lagi?

Lotak jawatan sajalah warihhh….(ShahbudinHusin 11/01/2021.