Jom kita ke Padang Merbuk aun dan cai. duit motong dan dan sawit kena curi > Maruah umat Islam tercemar, bangkit bantah beri pinjaman ke syarikat judi - BiPPA



Maruah umat Islam Malaysia tercemar akibat tindakan 3 buah bank di negara ini yang memberi pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong.


Menurut Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BiPPA), Amidi Abdul Manan, berhubung pemberian pinjaman itu kerajaan Malaysia perlu menyatakan pendirian tegas dalam isu berurusan dengan syarikat judi, apatah lagi membabitkan tabung simpanan deposit warga muslim.


"BiPPA menuntut satu pendirian dan tindakan dari pihak kerajaan bagi menyelamatkan maruah Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.


"Tindakan melibatkan duit umat Islam khususnya melalui KWSP (melalui bank memberi pinjaman) adalah tidak wajar. Untuk makluman, KWSP adalah salah satu pemegang saham terbesar di Maybank," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut mantan Presiden ABIM itu lagi, keyakinan bahawa industri judi akan memberikan jaminan pulangan lumayan sehingga sanggup memberikan pinjaman tanpa cagaran merupakan suatu 'akidah' atau keyakinan songsang yang bertentangan dengan semangat ayat 90 surah Al-Maidah, al Quran.


"Justeru, pihak BIPPA menyeru umat Islam Malaysia agar bangkit menyatakan bantahan ke atas sikap sebegini yang jelas bertentangan dengan ajaran al-Quran.


"Para ulama dan ilmuan Islam mesti secara jelas memperlihatkan sikap yang tegas dan keberanian yang jelas agar kemungkaran sebegini tidak akan berulang dan berleluasa," katanya lagi.


Sebelum ini, tiga buah bank Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad telah memberi pinjaman berjumlah AS$600 juta atau RM2.51 bilion kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong beberapa tahun lalu


Kemuflisan syarikat Genting Hong Kong itu kemudiannya menaikkan kemarahan warga muslim kerana ketiga tiga bank berkenaan melibatkan kepentingan Pemodalan Nasional Berhad, Khazanah dan KWSP sebagai pemegang saham antara yang terbesar.