Dahulunya kalau disebut kilang Sony Prai, sampai seluruh negara pun ada yang datang bekerja. Dikatakan ketika itu, ia menyediakan hampir 14,000 peluang pekerjaan di Perai untuk anak anak kampung dari negeri negeri lain. Bas kilang pai petang siang malam mengangkut pekerja Minah Kilang, satu gelaran waktu itu, namun bergaji lumayan mengalahkan pekerja kerajaan. Waktu itu kalau nak cari awek cantik , maka awek Sonylah yang diperkatakan. Habis anak gadis keluar mencari kehidupan di Penang diawal 90an.Sapaikan motor kapcai awek Sony cakap motor plastik tak mainla..
Sebenarnya bukan itu yang nak di nostalgiakan. Tetapi peluang pekerjaan waktu itu menguntungkan malaysia. lama ia bertapak di Prai. pekerjanya mungkin mempunyai lebih nostalgia yang boleh di kenang.
Majlis penutupan Kilang SONY semalam. Hilang harapan dan kepercayaan kepada Malaysia kerana pemimpin kita yang rakus menuntut pertaruhan, mereka tidak boleh bertolak ansur lagi. Baik PN atau BN majoriti Pemimpun Melayu ini, kedua-duanya telah menjadi juara rasuah dan penderaan. Dan yang lebih menghina, mereka tidak boleh mentadbir.